#sifoodotcom

Illustrator: Shape Builder Tool – Simbol Ikan

Kursus di SIFOODOTCOM

Menghasilkan bentuk simbol ikan dengan menggunakan Shape Builder Tool – tool yang bagus untuk menghasilkan bentuk daripada kombinasi gabungan bentuk-bentuk lain.

Apa Yang Anda Perlukan?

  • Illustrator CS5 ke atas.
  • Kemahiran asas melukis bentuk (shape).

Tutorial Video:


Langkah 1:

  • Buka satu fail Illustrator yang baru.
  • Pilih Ellipse Tool dan hasilkan susunan bulatan seperti di atas.
  • Tekan Shift sambil lukis bulatan untuk dapatkan bulatan yang tepat.
  • Susunan di atas adalah gabungan (cantuman dan potongan) yang bakal membentuk simbol yang diingini iaitu ikan.

Langkah 2:

  • Pilih Selection Tool (V).
  • Select kesemua bentuk bulatan yang telah disusun.

Langkah 3:

  • Pilih Shape Builder Tool (Shift+M).
  • Tool ini bermula dari versi CS5 dan menjadi semakin baik dalam versi CC2018.

Langkah 4:

  • Kita mulakan dengan membuang/memotong bahagian yang tidak diperlukan.
  • Dengan menggunakan Shape Builder Tool, tekan dan hold Alt.
  • Kursor tool akan menunjukkan tanda negatif ‘-‘.
  • Drag tool ke kawasan yang ingin dibuang. Anda boleh drag ke atas beberapa kawasan sekali gus.

Langkah 5:

  • Tanpa menekan Alt, kursor tool akan menunjukkan tanda positif ‘+’ dan ia akan mencantumkan kawasan-kawasan yang dipilih.

Langkah 6:

  • Sekarang, cantumkan kawasan yang berkenaan. Drag tool Shape Builder.
  • Anda boleh cantumkan beberapa kawasan sekali gus.
  • Dalam versi awal (CS5-CS6), anda hanya boleh drag dalam garis lurus sahaja. Jadi, anda terpaksa lakukan kombinasi beberapa garis lurus.
  • Dalam versi yang lebih terkini, anda boleh drag secara bebas ke atas kawasan yang ingin dicantum.

Langkah 7:

  • Teruskan proses mencantum dan memotong (positif dan negatif) sehingga anda mendapat bentuk ikan yang bersih.
  • Bersih bermaksud hanya tinggal garisan path yang diingini sahaja. Garisan path atau titik anchor yang tidak berkenaan telah dibuang.

Langkah 8:

  • Setelah mendapat garisan bentuk ikan, hiaskan dengan warna Fill dan Stroke mengikut kehendak citarasa anda.
Ini adalah hasil latihan tutorial ini.

Selamat Mencuba!

Anda boleh mencuba dengan gabungan dan susunan yang berbeza untuk mendapatkan simbol yang lain. Hanya perlukan kreativiti!

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed