#sifoodotcom

Jangan Buat Perkara Ini Dalam Copywriting!

Klik Penaja Kami

Penting ke Copywriting ni?

Barangkali anda tertanya-tanya, apa itu copywriting dan adakah ia penting bagi sesebuah perniagaan. Sekarang, cuba anda fikirkan mengenai mana-mana perkhidmatan, makanan, mahupun produk kesihatan yang anda beli baru-baru ini. Bagaimanakah anda mula mengenali mereka, hinggakan anda menempah perkhidmatan atau barangan mereka?

Apa yang anda baca, itulah yang dipanggil sebagai copywriting. Ia adalah satu cara penulisan yang memberi satu perasaan ingin tahu yang kuat kepada pembacanya hinggakan mereka ingin mengambil tindakan, iaitu sama ada membeli atau bertanya lebih terperinci mengenai produk tersebut. Dalam erti kata lain, copywriting ini yang akan mengandungi call to action serta menjadi leads generation.

Sedikit Fakta Mengenai Copywriting

Tahukah anda, ‘cangkuk’ terbaik bagi menarik perhatian prospek adalah dengan mempunyai tajuk berita (headline) yang menarik? 8 dalam 10 orang akan memilih untuk membaca hanya berdasarkan tajuknya sahaja. Selain itu, ayat penggesa (Call to Action) yang berbentuk peribadi juga berkesan dalam mempengaruhi prospek untuk membeli sesuatu produk.

Akhir sekali, 74% pembaca amat menitikberatkan tatabahasa dalam karangan iklan. Kesemua ini menunjukkan betapa copywriting mampu memberi kesan besar dalam pengiklanan produk dan perkhidmatan seseorang.

Jadi, seiring dengan gaya pemasaran sekarang pasti ramai yang sudah mempelajari teknik copywriting yang mantap. Tak ketinggalan juga, para pereka grafik juga perlu mengetahui sedikit sebanyak mengenai copywriting. Dan semestinya lebih bagus jika para pereka dapat menguasai teknik tersebut.

Macam mana nak mula?

Milanote adalah satu aplikasi atas talian atau web-based online application. Selain daripada anda boleh karang skrip atau ayat dalam aplikasi ini, anda juga boleh buat storyboard untuk projek video anda. Haa menarik kan? Nak tahu caranya? Jom tengok video ini.

Oleh itu, semoga bermanfaat perkongsian ringkas kali ni dan selamat berkreatif di luar sana.
Follow instagram.com/sifoodotcom untuk mengikut banyak lagi tips design yang terkini.

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.
sdc.is/sifoodotcom




Klik Penaja Kami

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed