#sifoodotcom

Jangan Jadi Orang Itu!

Kursus di SIFOODOTCOM

Don’t be that guy from Love Genre Films on Vimeo.

Terjumpa video di atas di Facebook. Ia berkisar aduan-aduan yang sering didengar dari rakan-rakan perakam acara majlis perkahwinan sama ada fotografer ataupun videografer iaitu halangan rakaman oleh tetamu yang teruja untuk sama-sama merakam gambar.

Semakin ramai orang menggunakan smartphone dan tablet, semakin sulit kerja fotografer dan videografer.

Kesan & Akibat

Profesional telah diupah untuk merakam gambar atau video di majlis tersebut. Jika rakaman mereka diganggu oleh golongan “orang itu”, maka hasil akhirnya nanti akan “rosak” dengan kemunculan yang tak sepatutnya berada di dalamnya.

Masuk dalam bingkai dalam keadaan terpinga-pinga memegang smartphone dengan muka tak siap sedia untuk dirakam.

Kalau profesional minta “orang itu” masuk dalam bingkai rakaman bersama dengan pengantin, cantik jugalah hasilnya tu nanti.

Iktibar & Pesan

Mari kita ambil iktibar dan elakkan dari menjadi “orang itu”. Berpesan-pesan jugalah kepada orang lain.

Sila share pesanan ini!

Nota kaki:
Adakalanya kita lupa menikmati dunia sebenar apabila terlalu asyik menghadap skrin kecil di hujung hidung.

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed