#sifoodotcom

Jenis-Jenis Kamera Digital yang Anda Perlu Tahu

Kursus di SIFOODOTCOM

Tahun 2020 merupakan satu tahun yang kita boleh lihat kecanggihan teknologi yang pantas dan pesat membangun. Syarikat pengeluar kamera digital seperti Canon, Nikon, Sony dan banyak lagi, tidak pernah berhenti menghasilkan teknologi inovasi yang baru.

Untuk pengetahuan pemula kamera digital ataupun yang baru hendak mengenali bidang fotografi ini. Anda perlu tahu jenis kamera yang ada supaya senang untuk sesuaikan jenis mana yang membantu anda dari segi pekerjaan, hobi, atau urusan lain.


1. Compact Camera

Sony RX100 VII

Ciri-ciri Compact Camera

  • Saiz yang kecil
  • Fungsi yang banyak (kerana teknologi yang canggih mampu memuatkan dalam saiz yang kecil)
  • Fixed lens (tidak boleh ditukar dengan lens yang lain)
  • Jarak zoom yang terbatas
  • Kekurangan viewfinder

Anggaran harga pula?

Walaupon dikatakan compact dan kecil tidak bermakna ianya dijual pada tanda harga yang murah. Berikut adalah antara contoh model compact camera dan harga:

  • Canon PowerShot G1 X Mark III : RM 3,890 
  • Sony Cyber-shot RX100 VII : RM 5,099
  • Fujifilm X100V : RM 6,099
  • Canon PowerShot SX620 HS: RM 659
  • Nikon COOLPIX W100: RM 558
Sumber: which.co.uk

2. Bridge Camera

Bridge camera adalah salah satu camera yang mempunyai fixed lens tetapi dalam saiz yang lebih besar.

Nikon COOLPIX B600

Ciri-ciri Bridge Camera:

  • Mempunyai viewfinder
  • Fixed Lens (Mempunyai julat zoom yang besar dan banyak kawalan manual)
  • Kamera serba boleh
  • Lebih ringan daripada DSLR

Beza yang ketara jika dibandingkan dengan compact camera adalah kawalan manual untuk ISO, Shutter Speed dan Aperture. Sesuai untuk pemula atau sesiapa yang dalam bidang fotografi yang tidak mahu terlalu memikirkan tentang lensa.

Antara contoh model dan harga:

  • Nikon COOLPIX B600: RM 1,598
  • Nikon COOLPIX P950: RM 2,999
  • Sony RX10 IV: RM 7,919
  • Canon PowerShot SX540 HS: RM 1,479
Sumber: which.co.uk

3. Mirrorless Camera

EOS R6

Syarikat pengeluar kamera digital sedang bersaing hebat untuk menghasilkan kamera mirrorless yang canggih dan semakin digemari oleh peminat fotografi. Dahulu, DSLR menjadi kegilaan ramai, kini giliran kamera mirrorless pula.

Ciri-ciri Mirrorless Camera:

  • Interchangeable Lens (boleh ditukar dengan lens yang lain)
  • Electronic viewfinder
  • Ringan dan padat daripada DSLR
  • Mempunyai shutter speed yang lebih laju
  • Bunyi shutter yang lebih senyap
  • Model yang lebih canggih mempunyai In Body Image Stabilization.

Lensa khusus untuk kamera mirrorless adalah tidak banyak di pasaran. Kebanyakannya diambil dari lens DSLR (anda perlu guna Mount Adapter).

Jensi Mount Adapter untuk EOS R

Apa yang dimaksudkan dengan EF-EOS R?

Lens jenis EF boleh digunakan dalam kamera jenis EOS R (seperti EOS R6) dengan menggunakan Mount Adapter.

Contoh lens model EF

Lensa mirrorless amat terhad dan mahal jika dibandingkan dari lens DSLR. Kamera mirrorless juga mempunyai jumlah kapisiti bateri yang sedikit oleh kerana saiznya yang kecil dan kebanyakkanya tidak mempunyai external extended battery.

Sumber: which.co.uk

4. DSLR (Digital Single Lens Reflex)

Nikon D750

Pilihan kamera jenis DSLR lebih kepada untuk tahap professional dengan pelbagai tanda harga berdasarkan kemampuan pengguna.

Untuk pemula, bagus juga untuk memilih DSLR tetapi untuk model yang lama kerana harganya lebih rendah. Model terkini mempunyai teknologi yang canggih (memerlukan latihan khusus untuk menggunakannya).

Ciri-ciri DSLR:

  • Interchangeable Lens
  • Mempunyai Optical viewfinder
  • Image sensor yang lebih besar
  • Mempunyai banyak butang kawalan manual.

DSLR lebih mahal berbanding mirrorless oleh kerana reka bentuk yang besar dan mempunyai ciri-ciri yang lebih banyak lagi.

DSLR juga agak berat. Sesiapa yang tidak sanggup memegang dan membawa beban yang berat, DSLR tidak sesuai untuk anda. Pengguna harus berhati-hati dan melatih keupayaaan diri untuk pegang dalam tempoh yang lama.

Antara contoh model dan harga:

  • Nikon D6: RM 29,999
  • Canon EOS-1D X Mark III: RM29,999
  • Leica S3: RM 89,999
  • Canon EOS 800D: RM 3,099
Sumber: which.co.uk

Selain dari jenis kamera di atas, terdapat beberapa jenis kamera yang berlainan dan memberi fungsi yang lebih istimewa.


5. Action Camera

Action camera juga amat popular digunakan kepada pemain sukan lasak ataupun traveller. Antara jenama action camera yang lebih dikenali dan popular adalah GoPro.

GoPro Hero8 Black

Ciri-ciri Action Camera:

  • Pocket size
  • Wide-angle view (180/360 degree)
  • High resolution video 1080, 4K & 8K
  • Connected feature (wifi / bluetooh)

Antara contoh model dan harga:

  • Gopro HERO8 Black: RM 1,879
  • GoPro MAX: RM 2,310
  • Sony RX0 II: RM 2,799
  • SJCAM SJ8 PRO: RM 1,000

6. Instant Camera (Polaroid)

Fujifilm Instax

Uniknya polaroid ini adalah ia mencetak gambar atas photo card. Cuma penggunanya perlu cekap dan mengambil masa yang lama supaya gambar yang dihasilkan jelas.

Antara contoh model dan harga:

  • Polaroid Originals OneStep+: RM 600
  • Fujifilm Instax SQUARE SQ20: RM 888
  • Leica SOFORT: RM 1,440

Terdapat banyak pilihan yang ada untuk memilih jenis kamera. Cuma spesifikasi yang berbeza memberi dilema untuk pilihan yang sesuai.

Sebagai contoh, fungsi tambahan seperti waterproof. Banyak diaplikasi ke atas kamera jenis compact camera dan action camera. Antara modelnya adalah seperti Olympus Tough TG-6 dan GoPro HERO8 Black.

Harap dengan penjelasan ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat. Teruskan untuk lihat artikel lain di sifoodotcom berkaitan info kamera digital.

Sebarang pandangan dan komen bolah nyatakan dalam ruangan di bawah.

Komen via Facebook

Sifoo.com (Iylia)

Sifoo.com (Iylia)

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed