#sifoodotcom

Jitter – Aplikasi Motion Design Menarik Untuk Hasilkan Video Animasi Grafik Tahun 2021!

Klik Penaja Kami

Anda sedang mencari aplikasi online yang boleh menghasilkan video animasi grafik seperti yang boleh dibuat oleh Flash atau Animate, After Effects atau PowerPoint? Ya, kini muncul satu aplikasi yang menarik untuk anda cuba!

Biasanya, kalau kita sebut motion design atau motion graphics, software yang sangat popular ialah Adobe After Effects. Tidak dinafikan Adobe After Effects sangat padu dan mempunyai features tahap tinggi (dan…komplikated). Maka, banyak hasil-hasil video animasi grafik yang gempak boleh dihasilkan oleh Adobe After Effects.




Software lain yang boleh juga digunakan untuk menghasilkan video animasi grafik atau montage video ialah:

  • Photoshop
  • Blender 3D
  • Cinema 4D
  • Mocha Pro
  • PowerPoint

Jom kita tengok satu lagi aplikasi alternatif yang baru muncul memberi saingan terhadap pilihan dalam kategori ini…

Jitter.Video – Aplikasi Baru Yang Berpotensi Tinggi Dalam Tahun 2021

Motion Design Made Simple – https://jitter.video/

Ya, Jitter.Video hadir mengisi ruang kosong dalam kategori aplikasi online dengan menyediakan potensi features yang smooth dan berkualiti. Walaupun, tidaklah selengkap seperti yang ada dalam Adobe Animate atau Adobe After Effects, tetapi tak rugi untuk mencuba kreativiti anda menggunakan Jitter.Video.

Oh ya, Jitter adalah percuma untuk Basic Plan. Untuk mendapatkan keseluruhan features seperti tanpa watermark, full HD video – hanya USD108 setahun.

Apa Yang Jitter.Video Sediakan Untuk Anda?

1. Templates!

Siapa tak suka templates kan? Ya, terdapat koleksi template untuk anda pilih, edit dan gunakan untuk projek video anda. Mudah!

2. Text Animations

Terdapat pilihan setting untuk animasikan huruf, perkataan dan baris perkataan dengan mudah. Terdapat animation presets khusus untuk teks yang boleh dipilih dan diubah setting setiap satunya.



Klik Penaja Kami

3. Custom Animations

Setiap satu setting animation boleh diubah nilai dan pilihannya. Anda boleh customkan setting mengikut kreativiti anda. Memang best.

4. Animation Presets

Animation presets terdapat untuk teks dan media (imej atau video). Dengan presets ini, kerja menjadi lebih cepat.

5. Video & GIF Exports

Anda boleh export hasil animasi video ke dalam format MP4 atau GIF. Terdapat beberapa pilihan saiz yang tersedia. Tetapi sila ambil maklum bahawa untuk size Full HD 1080p hanya untuk akaun PRO sahaja.

6. Figma Import

Khusus kepada pengguna Figma, ini adalah sangat menarik. Anda boleh import hasil kerja anda dari akaun Figma secara terus ke dalam Jitter.Video. Memang mantap habis!

7. Animated Components (Akan Datang)

Features akan datang – animate sekali dan guna semula di tempat lain dengan mudah. Menarik juga ni!

Kesimpulan?

Aplikasi Jitter.Video ini adalah satu alternatif yang mengujakan. Mungkin dengan penambahan features di masa akan datang akan memberi pengalaman penggunaan yang lebih mantap lagi!

Pro / Kelebihan:

  • Percuma / PRO tidak begitu mahal.
  • Interface yang smooth dan mudah digunakan.
  • Terdapat template dan presets yang menarik.

Con / Kekurangan:

  • Kena guna secara online / Tiada installer.
  • Tidak support audio dan audio editing.

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.
sdc.is/sifoodotcom




Klik Penaja Kami

1 komen

  • Assalamualaikum..

    Saya Nor Aisyah dari Majlis Perbandaran Sepang memohon SIFOODOTCOM eMelkan sebutharga untuk kursus Jitter Aplikasi Motion Design Video Animasi Grafik (3 orang) secara bersemuka. Maklumkan juga lokasi kursus. Tarikh akan kami berikan kemudian.

    Terima kasih.

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed