Kenapa ramai orang bersungguh-sungguh dan habiskan banyak tenaga untuk resume? Penting ke resume ni padahal sebenarnya ada dikalangan anda sudah mahir dan cukup berpengalaman untuk memegang sesuatu jawatan?
Ya resume ni sangat penting untuk tunjukkan first impression kepada bakal majikan. Tapi, susah ke buat resume? Macam mana nak mulakan? Okay jom cuba 5 Aplikasi ini untuk cipta resume dengan mudah.
1. Canva
Aplikasi Canva ni sendiri memang best sangat! Template yang disediakan juga sangat menarik dan mudah untuk diubah suai mengikut citarasa anda. Canva menyediakan 14 template resume seperti Creative Resume, Modern Resume, Simple Resume dan banyak lagi yang mana setiap template ini mempunyai pelbagai bentuk yang berbeza. Anda tinggal pilih untuk sesuaikan dengan kehendak anda dan majikan.


Anda boleh tengok di bawah resume jenis “Simple resume template” ini sahaja ada sebanyak 635 design yang disediakan. Anda boleh cari lebih banyak lagi template yang anda suka seperti Infographic resume, Graphic desgin resume dan banyak lagi,
2. Resumedone
Bagi beginner, aplikasi ini sangat sesuai untuk anda. Tiada lagi alasan tidak kreatif, tidak ada masa dan sebagainya. Ha! Ini kerana aplikasi Resumedone ini tak memerlukan masa yang banyak untuk anda berfikir. Anda hanya perlu isi semua maklumat anda di kotak yang diberi dan secara automatik akan ditambah ke ruangan resume anda. Memang jimat banyak masa! Jom tengok langkah mudah di bawah:



3. VisualCV
Dengan aplikasi VisualCV ini, anda mampu untuk menghasilkan resume yang sangat menarik dan paling penting kelihatan sangat professional hanya dalam beberapa minit. Hanya dengan memilih satu daripada beberapa template yang diberikan dan edit mengikut kehendak anda. VisualCV secara automatik akan mengeluarkan bentuk design yang anda pilih untuk anda edit sendiri dengan mengisi segala maklumat yang berkaitan mengikut format resume.


Isi semua maklumat anda di ruangan yang disediakan
4. CVmaker
Untuk anda yang mempunyai masalah suka mengambil masa yang lama hanya untuk memilih template sahaja sehingga banyak membuang masa di situ, aplikasi CVmaker ini sangat sesuai untuk anda. Tidak seperti aplikasi yang lain, CVmaker akan meminta anda untuk mengisi segala maklumat yang penting dahulu. Setelah siap, baru anda boleh teruskan kepada process pemilihan template. Mudah dan menyenangkan.

Isi maklumat anda terlebih dahulu.

5. Curriculum Mobi
Cara menghasilkan resume menggunakan aplikasi Curriculum Mobi tidak jauh beza dengan aplikasi CVmaker. Jadi kalau anda dah biasa menggunakan CVmaker, tidak ada masalah untuk anda gunakan aplikasi Curriculum Mobi ini.


Kepada semua jobseekers di luar sana, sekiranya anda runsing bagaimana caranya untuk membuat resume, 5 aplikasi ini sangat membantu anda untuk mencipta resume mengikut format dan penulisan yang betul.
Selepas ini, anda tidak perlu lagi mengupah orang untuk membuat resume.
Anda juga boleh menghasilkan resume yang baik menggunakan hasil titik peluh sendiri. Selamat mencuba!
nice sharing ! 👍🏻
thankyouu for suggestion ☺️