#sifoodotcom

‘Justification’ Setting Perenggan Yang Selalu Terabai

Kursus di SIFOODOTCOM

Di Malaysia ini, 96% setting perenggan mesti pada justify. Sebab nak bagi cantik dan kemas di sebelah kanan layout kan? Tapi, ramai yang terlepas pandang sesuatu sehinggakan setting ini termasuk dalam kategori ‘syok sendiri’!


Ok. Kenapa Nak Justify?

Kalau sesiapa yang rajin membelek dan membaca buku dari overseas, majoriti setting perenggan adalah align left (tidak justify). Ok ok…fakta tu saya agak-agak sahaja berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri.

Tapi, kenapa pula di Malaysia majoritinya adalah justify?

Pemerhatian saya begini – penggunaan setting justify di perisian Microsoft Word adalah agak cantik susunannya. Tapi betul ke? Atau, kita sudah terlalu biasa dengan penggunaan setting ini ;). Oklah, Word menyusun atur perkataan antara perkataan dan juga huruf antara huruf dengan agak seimbang jika layout teks kita diset pada satu column sahaja.

Hal ini juga sama dengan Illustrator dan Indesign. Jika kita set teks satu column, isu yang akan diterangkan di bawah ini tidak berapa ketara sangat.

Perbandingan: Align Left vs Align Justify (2 Column)

Align Left vs Justify – MS Word

Tetapi, kalau kita teliti apabila kita gunakan setting justify terdapat ‘rongga-rongga’ di celah-celah perkataan dalam perenggan.

Rongga-rongga itu juga dikenali sebagai “rivers” atau “rivers of white“.

Rongga-rongga dalam perenggan.

Align Left vs Justify – Adobe Illustrator

Align Left vs Justify – Adobe Indesign

Setting Align Justify mula menampakkan rongga-rongga yang bersepah apabila kita set column yang lebarnya kecil dan tiada hyphenation.

Jadi, Apa Akibatnya?


Photo by Ahmad Ossayli on Unsplash

Terutamanya, teks yang banyak dalam halaman yang banyak, rongga-rongga di antara perkataan dalam perenggan boleh meletihkan mata membaca. Penglihatan pembacaan menjadi tidak ‘smooth’ dan melompat-lompat.

Kebanyakan daripada kita suka dengan Align Justify kerana ia nampak kemas di bahagian sebelah kanan. Dan, kita juga tak suka dengan tanda ‘hyphen’ atau garis sempang (-) di hujung baris teks. Dua setting ini, justify dan buang hyphen, maka kita akan berpuas hati dengan pemandangan sebelah kanan teks. Cantik, selari dan sama paras. Syok!

Ya, syok sendiri. Hehe. (Jangan marah)

Kita buat buku, laporan, majalah, dokumen, dan apa juga material pembacaan bukan untuk diri sendiri tetapi untuk orang lain. Terutamanya, teks yang banyak dalam halaman yang banyak, rongga-rongga di antara perkataan dalam perenggan boleh meletihkan mata membaca. Penglihatan pembacaan menjadi tidak ‘smooth’ dan melompat-lompat.

Apa Penyelesaiannya?

Saya bukan pakar MS Word, jadi saya tiada penyelesaian untuknya. Cuba juga cari tapi tak jumpa. Huhu…Kalau ada sesiapa yang tahu, boleh share via komen kat bawah ni.

Untuk Adobe Illustrator dan Indesign (Termasuk Photoshop), jawapannya ialah Justification. Setting ini berada di menu panel Paragraph untuk setiap software tersebut. Jika, setting ini tiada, mungkin anda sedang menggunakan versi yang sudah terlalu lama.

Panel Paragraph: Justification

Setting Justification di menu Panel Paragraph – Illustrator
  • Buka panel Paragraph. Klik menu Window > Type > Paragraph.
  • Klik pada menu panel di ikon sebelah kanan atas panel.
  • Pilih Justification.
  • Pada setting Justification, setkan Letter Spacing pada -5% (Minimum), 0% (Desired), 5% (Maximum).
  • Aktifkan Preview untuk melihat hasilnya. Ubah nilai Minimum atau Maximum sehingga berpuas hati. Kekalkan Desired pada 0%.
  • Klik OK.

Sebelum dan Selepas

Zoom: Lihat perbezaan rongga sebelum dan selepas justification (Illustrator)

Zoom: Lihat perbezaan rongga sebelum dan selepas justification (Indesign)

Semoga dengan panduan ini, susunan teks di reka layout anda akan menjadi lebih kemas dan tersusun gaya profesional! Bukan itu sahaja, pembaca anda akan selesa membaca material terbitan anda.

Selamat maju jaya!

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed