#sifoodotcom

Karya Komik Pelajar MMU Dibukukan Dalam ‘Scroll’

Kursus di SIFOODOTCOM

Kartunis Sireh, pensyarah di MMU, bersama rakannya Erwin serta para pelajar Fakulti Multimedia Kreatif, MMU telah berjaya mengumpul koleksi karya komik untuk diterbitkan dalam sebuah buku komik.


Soft-Launch Sempena Homecoming FCM

12hb Januari 2019, di Fakulti Multimedia Kreatif, Multimedia Universiti, Cyberjaya, telah berlangsung satu majlis soft-launch buku Komik Scroll yang diselia oleh kartunis Sireh, atau nama sebenar beliau En. Anuar Hassan. Beliau bersama rakan pensyarah, En. Erwin Jabbar telah membawa usul para pelajar dalam Kelab Scroll (www.scroll.club) untuk membukukan koleksi karya komik pelajar dalam kelab tersebut.

Pelancaran buku komik Scroll ini diselit dalam majlis homecoming Fakulti Multimedia Kreatif 2019 yang julung kali diadakan.

Sebuah Inisiatif Pencetus Semangat

Scroll bermaksud Student Comic Rhapsodies on Life & Living.

En Anuar Hassan Sireh telah berusaha menjayakan inisiatif pelajar ini sehingga terbitnya buku komik Scroll. Ini adalah satu pencetus semangat buat para pelajar yang terlibat. Satu portfolio pencapaian yang boleh dibawa sehingga ke era pekerjaan nanti.

Buku Komik ini diterbitkan oleh Institut Terjemah Buku Malaysia (ITBM) dan disokong oleh Rumah Kartun Malaysia. Terdapat tulisan nota istimewa oleh Prof. Muliyadi, Dato Lat dan Kartunis Juragan.

Lebih kurang 30 pelajar terlibat dan terpilih karyanya untuk dibukukan. Anda boleh lihat dan hargai bakat anak-anak muda di dalam seni lukisan komik dan penceritaan.

Sekitar Majlis Homecoming FCM

Inisiatif ini disaksikan oleh para tetamu jemputan yang hadir seperti Presiden MMU sendiri, Prof Dato TS Dr Ahmad Rafi Mohamed Ishaq dan beberapa kartunis terkenal seperti Gayour, Oren dan Hilmi.

#SIFOODOTCOM Menyelit…

Di saat akhir, #SIFOODOTCOM terlibat dalam inisiatif ini apabila En. Anuar Hassan Sireh menghubungi kami untuk membantu menyusun layout buku ini mengikut spesifikasi ITBM. Ya, betul-betul last minute! Haha.

Alhamdulillah, semuanya selesai pada masa yang diminta. Gembira dapat membantu menjayakan usaha ini!

Sokong Karya Tempatan

Buku komik Scroll ini boleh didapati di ITBM atau hubungi Kelab Scroll MMU (http://www.scroll.club).

Harga senaskhah: RM45

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

1 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed