Siapa sangka seorang yang pernah di anggap “kurang bijak” kerana tindakannya menukar kelas Sains Tulen kepada kelas seni kini menjadi Penolong Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia. Ahmad Faiz Che Juha atau lebih dikenali sebagai Faiz Juha berasal dari Kota Bharu, Kelantan pernah mengharumkan nama negara apabila tesis akhir beliau telah mewakili universitinya untuk perbentangan selama seminggu di “National Research & Innovation Competition, USM” yang turut diwakili oleh universiti seluruh negara.
“Jiwa Saya Melukis”
Perjalanan Faiz Juha untuk menempah nama di persada dunia tidaklah semudah yang disangka. Beliau sendiri pernah bekerja keras untuk menampung kos perbelanjaan hidup di kampus dengan menjaja lukisannya pada zaman yang tiada kelengkapan teknologi seperti sekarang. Tiada istilah “viral” pada ketika itu namun beliau mampu mengharunginya. Memang superb!
Beliau menulis sedikit catatan ringkas perjalanan seninya di status facebook beliau.
Kerana melukis saya menukar kelas dari kelas Sains Tulen kepada kelas yang menawarkan matapelajaran Seni, Alhamdulillah walaupun tindakan itu dianggap bodoh tapi naik pentas juga antara pelajar terbaik SPM…
kerana nak cari sifu saya mengabaikan surat tawaran sambung belajar seni bina, sekali lagi tindakan itu dianggap gila…
Bukan mudah sebenarnya untuk membuat satu keputusan yang akan menentukan hala tuju masa depan. Lagi-lagi bila orang sekeliling tidak menyokong dan mengatakan bahawa bidang yang kita minati itu tiada masa depan. Susah!
Walaupun layak untuk meneruskan pelajaran dalam bidang seni bina (architecture) tetapi Faiz Juha memilih untuk tidak mengambil peluang itu dan teruskan dengan minatnya dalam bidang seni lukis dan seni reka.
Tidak mengambil pusing kata-kata masyarakat dan usaha atas kaki sendiri akhirnya beliau telah berjaya membuka mata semua.
Pencapaian Faiz Yang Membanggakan
Dengan melukis sy masuk majalah Anjung Seri… 😁
Saya tak pernah mengelilingi dunia namun kerja seni saya sudah berada di seluruh benua…
Dengan melukis saya menjadi guru seni, illustrator dan pelukis… Kepelbagaian Portfolio itu kini meletakkan saya di tempat sepertimana saya berada sekarang sebagai Penolong Pengarah…
Antara Koleksi Hasil Seni Faiz Juha.
Boleh lihat lagi di instagram https://www.instagram.com/faizjuha
Temui Jodoh Bermula Dengan Melukis Potret.
Yang paling manis potret seorang wanita yang saya lukis ketika usia saya 18 tahun telah kembali ke pangkuan saya ketika usia saya 28 tahun dan pemilik potret itu sendiri kini teman hidup saya sepanjang hayat… Jodoh kami
Antara kisah yang menarik tentang Faiz Juha apabila beliau menemui jodohnya juga bermula dengan dunia seninya. Pernah melukis potret seorang wanita ketika beliau berumur 18 tahun, 10 tahun kemudian ketika beliau berumur 28 tahun, pemilik wajah potret itu menjadi isterinya.
Masih Aktif Bekarya.
Walaupun sibuk dengan kerjaya yang sedia ada, tidak menghalang Faiz untuk terus bekarya dan melakar seni kerana memang itu jiwanya. Faiz juga menerima tempahan potret dan sebagainya. Bagi siapa yang berminat boleh menghubungi beliau di akaun Facebooknya.
Setiap orang pasti ada minat yang tersendiri. Apa yang penting, anda perlu teruskan usaha dan fokus pada minat anda untuk mencapai sebuah kejayaan seperti apa yang dilakukan oleh Faiz Juha. Pedulikan kata-kata negatif yang hanya melemahkan semangat anda sebaliknya buktikan yang anda bisa berjaya!
wah!!! Terbaik teman sekerja kawe ni
Minat juga bicara politik …