#sifoodotcom

Kes Hakcipta Foto: Kera vs. Jurufoto

Kursus di SIFOODOTCOM

Kes hakcipta seekor kera dari spesis Celebes crested macaques yang mengambil swafoto menggunakan peralatan kamera seorang jurufoto Britain bernama David Slater menjadi kes yang hangat diperkatakan sekitar tahun 2014. David Slater berang apabila foto kera tersebut tidak boleh dijual.

David, seorang jurugambar alam semula jadi (nature), membuat kenyataan bahawa beliau kerugian £10,000 atau lebih kerana foto tersebut diletakkan sebagai public domain. Beliau tidak boleh menuntut hakcipta ke atas foto tersebut kerana kera tersebut telah menekan ‘shutter’ kamera untuk merakam foto tersebut.

Apa Sebenarnya Yang Terjadi?

  • Sejak 2008, David Slater pergi ke Indonesia untuk merakam spesis kera terancam.
  • 4hb Julai 2011, beberapa penerbitan telah menerbitkan artikel cerita bersama beberapa gambar dengan petikan “Monkey steals camera to snap himself”, “a camera on a tripod triggered by the monkeys”, dan “a camera started by a monkey Fascinated by her reflection in the lens”.
  • 9hb Julai 2011, seorang editor di Wikimedia Commons, telah memuat naik swafoto tersebut.
  • Beliau mengatakan bahawa foto tersebut diletakkan di public domain kerana ia adalah hasil karya haiwan (bukan manusia), ia tidak mempunyai pengkarya manusia yang boleh memegang status hakcipta.
  • David Slater menjumpai foto ini di Wikimedia dan membuat permintaan agar foto tersebut diturunkan.
  • Awalnya, Wikimedia menurunkan foto tersebut tetapi kemudian menaikkannya semula selepas perbincangan komuniti telah dijalankan.
  • 12hb Julai 2011, sebuah blog bernama Techdirt telah menggunakan foto tersebut atas dasar public domain dan konflik hakcipta ini menjadi semakin hangat.
  • David Slater telah berjuang habis-habisan untuk menuntut hak terhadap karya foto tersebut…

Bagaimana Kera Tersebut Boleh Swafoto?

  • David Slater menjelaskan bahawa beliau bersama seorang jurupandu mengekori sekumpulan kera selama beberapa hari dan akhirnya mendapat kepercayaan dari kumpulan tersebut untuk merapati mereka.
  • Pada awalnya, David sukar untuk mendapatkan foto ‘close up’ kerana kera tersebut seringkali cuba melarikan kameranya.
  • David telah meletakkan kamera jauh dari dirinya dan mengajak kera tersebut bermain dengan kamera.
  • Kera tersebut suka bermain dengan kamera dan suka melihat pantulan muka mereka dalam lensa.
  • Kera tersebut juga telah bermain dan menekan shutter untuk merakam foto wajahnya sendiri.
  • David telah menetapkan setting kamera dengan lensa wide-angle, remote trigger, predictive autofocus, motorwind dan flashgun untuk meningkatkan kebarangkalian rakaman foto yang elok.
  • Semasa kera-kera tersebut bermain dengan kamera, beliau menekan remote trigger untuk merakam (jelas David Slater dalam Amateur Photographer pada 7 Ogos 2014).

Perdebatan Pemilikan Hakcipta

  • Wikimedia Commons menyatakan bahawa disebabkan kera tersebut melakukan swafoto maka ia adalah hasil karya dari haiwan dan haiwan tidak boleh memegang pemilikan hakcipta.
  • David Slater membalas dengan menyatakan beliau yang membuat setup, memiliki peralatan dan menyumbang secara kreatif di dalam perlaksanaan swafoto tersebut.
  • Pada 21hb Ogos 2014, United States Copyright Office telah menerbitkan satu pandangan yang kemudiannya dimasukkan di dalam Compendium of U.S. Copyright Office Practices yang diterbitkan pada 22hb Disember 2014 untuk menjelaskan bahawa “hanya karya yang dihasilkan oleh manusia sahaja boleh diberi pemilikan hakcipta di bawah undang-undang US, di mana foto dan hasil karya seni yang dicipta oleh haiwan atau mesin tanpa bantuan manusia”.
  • Oleh itu, compendium tersebut dengan jelas menyatakan bahawa “sebuah foto yang dirakam oleh seekor kera adalah satu contoh karya yang tidak boleh diberi pemilikan hakcipta”.
  • Mary M. Luria, seorang peguam harta intelek juga menyatakan bahawa pencipta foto tersebut adalah seekor haiwan dan bukan seorang manusia, tiada hakcipta untuk foto tersebut, tidak kiralah siapa pemilik peralatan kamera pada waktu itu.
  • Ada beberapa individu peguam yang berpendapat bahawa David Slater berhak mendapat pemilikan hakcipta berdasarkan usaha kreatif beliau semasa proses rakaman berlaku.

Naruto et al v. David Slater

  • Foto kera tersebut telah muncul dalam sebuah buku bertajuk ” Wildlife Personalities” yang diterbitkan sendiri oleh David Slater menggunakan platform Blurb, Inc.
  • Pada 22hb September 2015, People of Ethical Treatment of Animals atau lebih dikenali sebagai PETA telah mengemukakan saman terhadap Slater dan Blurb dengan menuntut kera tersebut yang mereka namakan Naruto, sebagai pemilik hakcipta.
  • PETA juga menuntut supaya mereka dilantik sebagai pengurus hakcipta bagi pihak Naruto.
  • Dalam sesi mahkamah, Januari 2016, Hakim William Orrick III berkata undang-undang hakcipta hanya untuk manusia dan bukan untuk haiwan.
  • Pada Januari 2018, kes tersebut telah dibuang oleh hakim William Orrick III.
  • PETA telah mengemukakan rayuan pada 20hb Mac 2016 dan mahkamah telah mengadakan sesi hujah pada 12 Julai 2017.
  • Akhirnya pada 11hb September 2017, satu persetujuan di antara David Slater, Blurb dan PETA telah dicapai di mana David akan mendermakan 25% daripada hasil keuntungan foto kera tersebut kepada kebajikan yang melindungi hidupan liar seperti Naruto.
  • Malangnya, mahkamah tidak mempersetujui persetujuan ini sebagai penyelesaian yang sah.
Kredit: Sunday Observer

Impak Kepada David Slater

  • David Slater telah mengalami kerugian kerana penggunaan foto secara bebas tanpa bayaran royalti kepada beliau.
  • Beliau hanya mendapat £2,000 dalam tahun pertama selepas foto tersebut dirakam. Selepas foto tersebut dimuat naik di dalam Wikipedia, tiada lagi transaksi pembelian berlaku.
  • Julai 2017, beliau telah dilaporkan tidak mampu lagi membayar yuran guaman dan tidak mampu untuk hadir ke mahkamah.
  • Beliau telah putus asa dalam kerjaya fotografi dan mempertimbangkan kerjaya lain untuk menjana pendapatan.
  • Perjuangan hakcipta foto tersebut telah telah memusnahkan kerjaya beliau.
  • Walau bagaimanapun, David masih berasa puas kerana impak kes hakcipta tersebut telah meningkatkan kesedaran terhadap spesis kera yang terancam tersebut.
  • Kera tersebut yang dahulunya diburu untuk dimakan, kini disukai dan digelar “the selfie monkeys”.
  • Dalam bulan Mei 2018, Conde Nast Entertainment telah mendapatkan hak daripada David Slater untuk menghasilkan filem dokumentari berkaitan kes tuntutan hakcipta ini.

Sumber rujukan: Wikipedia

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed