#sifoodotcom

Ketahui Jenis-Jenis Bahan Stiker Label Produk

Klik Penaja Kami

Permintaan untuk stiker label dan packaging produk mendapat sambutan hangat berikutan penambahan kewujudan perniagaan atas talian. Bagi pereka grafik yang terlibat dalam mereka bentuk label dan packaging, artikel ini boleh dijadikan rujukan sekiranya pelanggan ingin bertanyakan pendapat atau ketika berurusan dengan supplier percetakan.


1. Stiker Mirrorkote

Mirrorkote merujuk kepada kemasan mirror-coated yang memberikan kesan glossy pada permukaan kertas stiker. Stiker ini menjadi pilihan ramai kerana harganya yang berpatutan serta sesuai digunakan untuk pelbagai jenis produk seperti bekas bungkusan makanan, atau barangan doorgift majlis keraian.

Stiker Mirrorkote bersifat semi-waterproof jika dicetak menggunakan dakwat kalis air dan boleh digunakan untuk produk yang terdedah pada air pada masa singkat seperti cawan minuman ice blended. 

Namun, kerana stiker ini diperbuat daripada kertas, ianya kurang sesuai digunakan untuk produk sejuk beku atau produk yang direndam dalam air seperti botol minuman kerana permukaannya yang tidak kalis air dan mudah luntur dalam jangka masa yang lama.



Klik Penaja Kami

2. Stiker Lutsinar OPP (Oriented Polypropylene)

Inginkan the “no-label” look untuk produk anda? Anda boleh memilih stiker lutsinar OPP (Oriented Polypropylene). Stiker ini memberikan imej yang minimalis dan eksklusif pada produk serta sesuai digunakan pada permukaan produk seperti balang kaca, bekas plastik lutsinar mahupun tin besi .

Oleh kerana stiker ini diperbuat daripada plastik dan bukannya kertas, harga stiker ini lebih mahal berbanding jenis stiker lain.

Kelebihan stiker lutsinar OPP ialah bersifat kalis air dan sesuai digunakan untuk produk sejuk beku atau produk yang sering terdedah pada air seperti produk mandian.

3. Stiker PP (Polypropylene)Putih

Stiker PP (Polypropylene) putih mempunyai lapisan plastik pada permukaan kertas stiker. Stiker ini lebih nipis berbanding jenis stiker yang lain dan tidak mudah koyak apabila ditarik.

Sifatnya yang tahan air membolehkan stiker ini diguna pakai untuk pelbagai jenis produk seperti produk sejuk beku dan produk kecantikan .

4. Stiker Foil

Sumber imej : Online Labels

Stiker foil diperbuat daripada kertas bersalut lapisan foil aluminium dan mempunyai permukaan yang berkilat . Stiker ini hadir dalam warna elegan berkilat seperti emas, perak dan rose gold.

Stiker jenis ini dapat memberikan imej elegan dan berkualiti premium pada sesuatu produk. Antara produk yang menggunakan stiker jenis ini ialah lilin atau bungkusan makanan gourmet. .

5. Stiker Kraft

Sumber imej : Tanamera

Stiker Kraft ialah stiker yang diperbuat daripada kertas pulpa kayu. Perkataan kraft berasal daripada bahasa German yang bermaksud kuat.

Dengan warnanya yang perang semulajadi memberikan penampilan rustic dan organik,  sesuai bagi produk yang berimejkan eco-friendly atau handmade seperti barangan kraftangan.

Komen via Facebook



Klik Penaja Kami

Avatar

Nurdiana Abdullah

Graduan Pengajian Bahasa Komunikasi Profesional dan mempunyai latar belakang Interior Design. Sentiasa curious dan minat dengan topik-topik seperti seni grafik dan pemasaran digital.

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed