Team #sifoodotcom telah menubuhkan satu group fb yang bertujuan menfokuskan topik dan perbincangan mengenai fotografi & styling hanya menggunakan telefon pintar (smartphone). Sebenarnya group fb ini sudah lama ditubuhkan, khusus untuk mereka yang pernah menyertai kursus fotografi bersama #sifoodotcom.
Melihatkan permintaan yang baik dari semua pihak, #sifoodotcom dengan senang hati membuka ruang untuk semua orang sertai group tersebut dan saling berkongsi karya dan inspirasi bersama ahli-ahli yang lain.
Photostailo adalah nama baharu yang #sifoodotcom cipta untuk kategori kreatif fotografi. Akaun instagram baharu (https://www.instagram.com/photostailo/) juga dibuat untuk mengasingkan kandungan (content) berkaitan fotografi dan styling daripada content kebiasaan #sifoodotcom.
Sekarang, group @PhotoStailo mula mendapat sambutan yang baik dan semakin aktif. Insyaallah, kami akan sentiasa bersedia untuk berkongsi ilmu, dan mengadakan aktiviti-aktivi santai bersama-sama ahli group.
Aktiviti terkini adalah Cabaran Koleksi Gambar Smartphone 10 Hari pada bulan lepas, yang bermula pada 22 hingga 31 Oktober 2020. Di sini kami tampalkan koleksi-koleksi daripada ahli group yang mengikuti cabaran ini. Hasil adalah mengikut kreativiti masing-masing dengan tema yang telah ditetapkan.
Ini adalah permulaan yang baik untuk kami melihat potensi-potensi ahli dan topik fokus yang boleh kami kongsikan ilmu-ilmu baharu dari masa ke semasa.

Tambah komen