#sifoodotcom

Langkah Demi Langkah Design Ilustrasi Pil di Affinity Designer

Kursus di SIFOODOTCOM

Dalam perkongsian kali ini, #sifoodotcom ingin kongsikan tutorial langkah demi langkah (Step by Step) untuk hasilkan ilustrasi pil seperti di atas menggunakan software Affinity Designer.

Ikuti setiap langkah ini untuk memastikan hasil yang akan anda perolehi sama seperti dia atas.

01. Set Saiz Artboard

Kita akan hasilkan artboard yang bersaiz empat sama. Setkan New Document anda seperti di bawah.

02. Tetapkan Warna Background

Menggunakan Rectangle Shape Tool:

  1. Cipta satu bentuk sebagai warna background
  2. Set warna tersebut: #14559B

03. Cipta Papan Pil

Sekarang dengan menggunakan Rounded Rectangle Tools, kita akan mencipta papan pilt ersebut.

  1. Setkan Rounded Rectangel tersebut dengan warna putih
  2. Curve sebanyak 25%

Dan Pada Layer Effects bentuk tersebut, setkan:

  1. Outer Shadow
  2. Inner Shadow
  3. Inner Glow seperti nilai di bawah

04. Masukkan Patterns Papan Pil

Daripada layer tadi, duplicate terlebih dahulu untuk kegunaan kedua ini.

Untuk duplicate, klik Layer Rounded Rectangle tersebut dan klik :

Edit> Duplicae Selection (Ctrl + J)

Pattern ini dibuat sendiri untuk kegunaan ilustrasi ini. Save sahaja gambar ini untuk kegunaan Bitmap sebentar lagi.

Sekarang pada Rounded Rectangle yang sudah di duplicate, masukkan patterns. Kaedah nak memasukkan patterns di Affinity Designer sedikit berbeza dengan Adobe Illustraotr.

Kita akan gunakan teknik Bitmap di Fill Tool.

  1. Aktifkan Layer Bentuk tadi (Duplicated Rounded Rectangle)
  2. Pada Toolbar, pilih Fill Tool
  3. Pada Context Bar, bahagian Type Pilih Bitmap
  4. Pilih file gambar yang ingin dijadikan sebagai pattern tadi.

Anda akan lihat file gambar yang dipilih tadi akan berada di dalam bentuk tersebut.

Pada handle tool, kecilkan patterns tersebut seperti dibawah.

Pada layer pattern tersebut, masukkan efek seperti di bawah.

Akhir sekali, setkan layer tersebut kepada Multiple dengan opacity sebanyak 50% sahaja.

05. Cipta Ilustrasi Pil

Menggunakan Rounded Rectangle Tool juga, cipta satu pil. Pastikan curve di setkan kepada 100&.

Pada shape tersebut, kita akan masukkan efek supaya menampak kesan 3d pada bentuk tersebut.

Setkan Layer Effects seperti di bawah.

Seakarang kita akan membuat pembahagian dua warna pada pil tersebut.

Kaedah untuk memasukkan shape baharu pada bentuk yang kita inginkan adalah dengan:

  1. Klik pada bentuk/layer terlebih dahulu (Aktifkan Layer)
  2. Pada bahagian context toolbar, klik Icon “Insert inside the selection”
  3. Cipta bentuk untuk menjadikan pil tersebut 2 warna

Cipta satu bentuk petak biru di dalam pil tersebut dengan warna #009CD5

06. Masukkan & Blendkan Logo Affinity Designer

07. Cipta Pantulan Cahaya

Sekarang kita akan mencipta pantulan cahaya pada pil tersebut untuk menampakkan kesan yang lebih realistik dan lebih timbul permukaannya.


I. Cipta Pantulan cahaya yang menyeluruh

Cipta satu shape yang sedikit kecil dari pil tersebut dengan warna putih dan setkan layer tersebut kepada Overlay dengan opacity sebanyak 60%.


II. Pantulan Cahaya Separuh Bentuk Pil

Lihat gambar di bawah, anda akan lihat ada 2 bentuk rounded rectangle yang saya cipta untuk menghasilkan pantulan cahaya yang lebih realistik.

Cipta cahaya yang seterusnya dengan bentuk sepatuh pil tersebut.

Pada pantulan cahaya yang kedua ini, setkan:

  1. Layer kepada Overlay 75%
  2. Layer Effects Gausion Blur dengan radius 10px


III. Pantulan Cahaya Ketiga

Pantulan cahaya yang paling atas ini kita buat sedikit kecil.

Setkan Layer pantulan cahaya ketiga dengan:

  1. Blend mode kepada Screen 80%
  2. Layer Effects Gaussian Blur dengan 5px sahaja

08. Cipta Sarang Pil

Sekarang cipta sarang pil di belakangnya menggunakan Rounded Rectangle juga dengan warna #CCCCCC.

Cipta satu lagi rounded rectangle dengan fill transparent tetapi dengan stroke 0.5pt.

09. Cipta Bayang-bayang Pil

Dari gambar di atas, anda boleh melihat ada dua outline untuk dua bentuk rounded rectangle yang menjadi bayang-bayang pil ini.

  1. Cipta satu bentuk rounded rectangle bewarna kelabu gelap dengan hex kod #404040 yang sama lebar dengan pil, setkan layer effects kepada Gaussian Blur sebanyak 16px. Setkan layer kepada Mutiply.
  2. Duplicate bentuk tersebut dan kecilkan sedikit supaya menjadi bayang-bayang yang lebih dekat. Setkan layer kepada Multiply jga dengan 80% sahaja.

10. Cipta Sarung Plastik Pil

Akhir sekali,cipta pantulan sekeluruhan untuk pil tersebut, mewakili sarung plastik di atas pil tersebut.

Setkan layer kepada Overlay 75% dengan layer effects Gaussian Blur 3.5px.

Sudah Siap!!!Tahniah

Sekarang, cuba pelbagaikan pil imaginasi anda. Jangan malu kongsikan hasil anda di ruangan komen. 🙂

Kongsikan tutorial ini kepada kawan-kawan anda yang lain.

Affinity Designer
Affinity Photo
Affinity Publisher

Komen via Facebook

M. Syafiq Azman

M. Syafiq Azman

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed