#sifoodotcom

Laragon, Alternatif Kepada XAMPP

Kursus di SIFOODOTCOM



Klik Penaja Kami


Klik Penaja Kami

XAMPP memang tidak asing lagi untuk para programmer PHP, yang mana ia memudahkan pemasangan web server Apache, database MySQL dan juga PHP dengan hanya beberapa klik sahaja.

Namun dengan perkembangan teknologi masa kini, terdapat pesaing baru yang lebih baik untuknya, iaitu Laragon. Tetapi ia hanya untuk platform Windows sahaja. Untuk macOS, anda boleh gunakan Laravel Valet atau Laravel Homestead manakala pada Linux pula anda boleh gunakan Valet Linux.

Tapi apa lebihnya Laragon berbanding dengan XAMPP ni? Jom kita tengok…

Ciri-ciri Menarik Laragon

Apabila keluar satu perisian baru, pastinya akan menyertakan beberapa ciri-ciri tambahan yang tiada pada pesaing mereka. Ini dapat kita lihat pada Laragon yang banyak menyertakan ciri-ciri menarik sesuai dengan perkembangan semasa.



Klik Penaja Kami

Auto Virtual Host

Virtual Host adalah satu kaedah untuk menggunakan beberapa nama domain pada web server yang diasingkan di dalam lokasi yang berbeza. Secara ringkasnya, satu web server boleh menggunakan banyak domain yang akan ditetapkan pada aplikasi web tertentu.

Kepada yang biasa menguruskan server sendiri (tanpa menggunakan cPanel atau setaraf dengannya) pastinya tahu kerja ini bukan mudah, lagi-lagi jika menggunakan nginx. Tetapi dengan Laragon, tambah sahaja satu folder baru, kemudian restart services, terus jadi.

Quick App

Anda ingin memasang WordPress atau Laravel untuk mulakan projek baru? Dengan Laragon, hanya perlu klik beberapa menu, terus siap. Laragon menyertakan app WordPress, Drupal, Joomla, Laravel dan Symfony. Selepas selesai, Laragon akan ciptakan satu database baru untuk app tersebut.

Jika senarai app yang disertakan tidak mencukupi, anda boleh tambah sendiri app lain dengan mengubah fail C:\laragon\usr\sites.conf. Anda boleh rujuk di sini: https://forum.laragon.org/topic/1019/tutorial-how-to-manage-quick-app.



Klik Penaja Kami

Quick Add

Kalau dengan Quick App, anda boleh pasang CMS atau framework PHP, tetapi dengan Quick Add, anda boleh tambah pakej lain ke dalam Laragon. Contohnya, anda mengalami sindrom kebosanan dengan MySQL dan ingin mencuba PostgreSQL, Laragon sediakan menu untuk anda tambah dengan mudah.

Antara komponen lain yang boleh anda tambah ialah PHPMyAdmin, Git, MariaDB (sama seperti MySQL), Node JS, Yarn, MongoDB, Robomongo, Visual Studio Code, Python, Sublime Text, PostgreSQL, Go, LiteIDE, Ruby, Java dan Eclipse.

Quick Share

Fungsi Quick Share ini pula berguna apabila anda ingin berikan pautan aplikasi web anda (yang masih berada di dalam komputer anda) kepada umum, dan di akses menggunakan Internet.

Laragon menggunakan perkhidmatan xip.io dan nip.io untuk menjana satu URL unik untuk tujuan ini, tetapi ia URL ini wujud hanya untuk sementara sahaja tau…

Mudah Alih

Folder Laragon sebenarnya boleh anda ubah lokasinya walaupun selepas dipasang. Contohnya, pada tetapan asal Laragon akan dipasang di lokasi C:\laragon, tetapi kemudian anda berubah hati ingin mengubahnya ke D:\laragon, anda boleh ubahnya sesuka hati anda.

Ciri ini sangat berguna jika anda ingin membuat salinan ke komputer lain sekiranya diperlukan.

Terminal

Dengan trend semasa pada masa kini, penggunaan Terminal sangat penting dalam penghasilan aplikasi web, terutama bila anda menggunakan Laravel atau yang seumpama dengannya. Banyak utility command yang disertakan yang dapat membantu mempercepatkan kerja.

Laragon juga menyertakan Terminal (yang menggunakan Cmder) yang mempunyai antaramuka jauh lebih menarik daripada Command Prompt yang terdapat di dalam Windows. Banyak command yang digunakan pada Linux boleh digunakan di sini, contohnya cp, rm, mkdir, ls dan lain-lain lagi.

Mail Sender

Dengan Laragon, pengujian penghantaran emel sangat mudah. Hanya isikan maklumat akaun Gmail anda, and it’s done!

Apabila anda menggunakan fungsi mail() di dalam PHP, Laragon akan menggunakan SMTP Gmail untuk membuat penghantaran emel.

Ada Lagi Yang Menarik Tak?

Ada, Laragon datang dengan beberapa perisian tambahan lain yang sangat berguna untuk kerja-kerja pembangunan aplikasi web.

Ini adalah perisian bonus yang tersedia untuk digunakan di dalam Laragon:

  • HeidiSQL
  • Log Viewer
  • Notepad++
  • WinSCP
  • Putty
  • Netstat

Kesimpulan

Jika anda menggunakan platform Windows dan pernah menggunakan XAMPP atau Wamp sebelum ini, saya cadangkan anda luangkan masa untuk mencuba Laragon. Dengan ciri-ciri dan juga perisian-perisian tambahan yang diberikan, ia sangat bagus untuk dijadikan pengganti XAMPP yang semakin ketinggalan jauh di belakang.

Komen via Facebook



Klik Penaja Kami

Avatar

syahzul

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed