#sifoodotcom

Lari Dari Kebiasaan, Kalendar 2019 Ar-Rahnu Diluar Jangkaan

Kursus di SIFOODOTCOM

Sebut Ar-Rahnu, kita terus terbayang ‘pajak gadai’, emas dan duit. Kita akan jangkakan imej-imej tersebut atau tipikal gambar-gambar pemandangan, gambar acara korporat mereka akan terpampang pada bahan cetakan mereka. Tetapi, jangkaan anda akan silap!


2019 Bakal Menjelang

Sudah menjadi kebiasaan bagi organisasi besar untuk mengeluarkan kalendar untuk edaran kepada para pelanggan mereka. Organisasi besar termasuk agensi kerajaan, syarikat swasta termasuk bank.

Selain daripada ‘hadiah’ kepada para pelanggan, kalendar digunakan sebagai material pemasaran dan penjenamaan.

Lari Dari Sterotaip

Ar-Rahnu Bank Rakyat memilih tema yang tidak ada kaitan sama sekali dengan emas, gadai dan wang. Mereka memilih tema nutrisi dengan hashtag #AnakKita 2019.

Sekali imbas, apa kaitan nutri dengan pajak gadai? Apa pula kaitan dengan anak-anak?

Teliti…

Berat sungguh mata memandang,
Apatah lagi insan yang memikulnya,
Bukanlah ditakdirkan semuanya senang,
Ada yang tiada punya apa-apa,
Kaisnya kosong untuk perutnya sandang,
Wajarkah kita lupa dan alpa?

Sanggupkah kita membazir berlebihan,
Sedangkan yang lain kelaparan,
Hulurkanlah buat pengubat rintihan,
Agar berpaut mereka dalam kesukaran,
Ayuh bersama kita membuat pilihan,
Membantu insan dalam kegusaran.

Kalau enak yang disentuh,
Pastikan berkhasiat hendaknya,
Kalau cukup masin lauknya,
Jangan ditambah garam perasa,
Kalau sudah manis airnya,
Jangan ditambah gula yang ada,
Kalau sudah lemak gulainya,
Jangan ditambah santan sebelanga,
Berbudilah kepada tubuh,
Agar afiat kita sentiasa.

Dalaman garapan teks di atas, kita boleh lihat mesej tanggungjawab kepada yang memerlukan serta pada diri sendiri, pembaziran serta kemanusiaan.

2019: Pilih Yang Lebih Baik Untuk Diri Anda

Sasaran Ar-Rahnu mungkin kepada pemimpin keluarga – bapa atau ibu. Jadilah yang lebih bertanggungjawab untuk anak-anak. Pilihlah yang lebih baik untuk kehidupan mereka.

Gambar: Ihsan dari Shah Rin & Ar-Rahnu X’change Pandan Indah

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed