#sifoodotcom

Lazy Nezumi untuk Pelukis Digital

Jika anda seorang pelukis digital atau minat melukis secara digital, mungkin anda pernah mengalami situasi di mana garisan lukisan yang dihasilkan tidak ‘smooth’! Anda boleh cuba Lazy Nezumi Pro!

Lazy Nezumi Pro (LN) adalah satu aplikasi windows yang mampu membantu pelukis digital mengawal garisan lukisan. LN melembutkan serta mencantikkan bentuk garisan yang dilukis menggunakan mouse atau pen tablet.

Ia menambah fungsi stabilizers, rulers dan scripts kepada perisian seni digital anda seperti Photoshop, Illustrator, Flash dan banyak lagi

Kelebihan Lazy Nezumi Pro

  • Menghasilkan garisan yang bersih.
  • Menghasilkan garisan stroke yang pantas. Elakkan dari garisan gigil.
  • Menghasilkan garisan yang sekata.
  • Membantu lukisan perspektif.
  • Memiliki setting kursor yang memudahkan proses melukis.

Digunakan oleh Pro

  • Disney
  • GameLoft
  • UbiSoft
  • Crytek
  • Wayforward

Position Smoothing

LN menawarkan 3 jenis smoothing:

  • Pulled string
  • Moving average
  • Exponential Moving Average

Pressure Processing

LN menawarkan 4 jenis pressure processing mode untuk membantu anda menghasilkan dinamik garisan dengan lebih mudah.

  • Fixed Value
  • Sample & Hold
  • Moving Average
  • Exponential Moving Average

Gabungan Combine Position and Pressure Smoothing akan menghasilkan garisan seni yang sempurna dan bersih. Tiada lagi hujung garisan yang comot!

Disokong oleh Pelbagai Peranti

LN boleh digunakan dengan tablet yang menyokong Wintab API, dan System Stylus (Windows Ink) API  yang baharu untuk Win8/10. Ini termasuk WacomSurface ProTrustMonopriceGeniusHUIONYiynovaUC-Logic, dan banyak lagi.

Fitur Hook Window membolehkan anda menggunakan LN dalam kebanyakan aplikasi seni! 

Cuba Lazy Nezumi Pro

Terdapat versi penuh percubaan untuk jangka masa 15 hari.

Harga LN adalah USD35 (Lebih kurang RM140++).

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

4 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed