Jika anda ingin belajar sesuatu yang lebih baik mengenai ‘Food Photography’ dan ‘Foodstylist’, apa kata anda melihat sendiri beberapa akaun Instagram luar negara dari mereka yang mahir mengambil gambar makanan dan menatariaskannya di atas pinggan dengan sokongan props dan konsep yang bakal membuat anda terpegun melihatnya. Kadangkala kita boleh menceduk idea dan konsep mereka sebagai idea dan berkreatif dalam menghasilkan gambar. Saya juga belajar menerusi konsep yang diketengahkan oleh mereka yang pakar sebegini.
Berikut adalah lima akaun Instagram paling ‘best’ untuk dikunjungi.
@thepolkadotter
Nama pemilik akaun Instagram ini adalah Salma Sabdia, merupakan seorang Blogger di Australia. Akaun yang diberi nama @thepoladotter ini begitu mempesonakan dengan konsep putih bersih dan ringkas. Kebanyakkan makanan yang diketengahkan adalah kek dan biskut sebagai pemanis mulut ala barat ini..
@snixykitchen
Pemilik bernama Sarah Menamix ini mengengahkan pelbagai jenis manisan ala barat seperti, kek cawan, biskut, variasi pai, ais krim, brownies dan bermacam lagi. Konsep beliau sangat ringkas, akan tetapi beliau berjaya memperlihatkan perlbagai warna manisan yang buat anda teruja untuk merasainya. Meleleh habis! Latar belakang untuk fotografinya kebanyakannya putih, kelabu dan gelap.
@elena_photofood
Saya tidak berapa pasti asal negara asal pemilik akaun instagram ini. Namun akaun ini cukup memukau mata melihatnya. Konsep makanan yang diketengahkan adalah terdiri dari aneka kek dan roti. Sesuatu yang unik mengenai akaun ini adalah teknik beliau menggunakan orang/model di dalam gambar, selah-olah makanan itu sedang dihidangkan untuk santapan tetamu. Ia cukup hidup dan berjaya menimbulkan rasa ingin menikmatinya.
@foodartblog
Sesuatu yang menarik mengenai akuan ini adalah hasil seni fotografinya. Penggunaan dan perletakan props cukup berseni. Sesuai dengan namanya iaitu ‘Food Art Blog’. Sekiranya anda ingin melihat tentang idea konsep props, akaun ini amat sesuai untuk anda. ‘Foodstylist’ perlu mengamati setiap gambar di dalam akaun ini.
@sweetish.co
Jika anda amati konsep di akaun instagram ini, warna-warna ‘vintage’ malatari keseluruhan konsep fotografi akaun instagramnya. Pemilik akaun ini, Robyn Holland, mungkin lebih suka memperlihatkan warna-warna pastel dan makanannya lebih kepada roti, pai dan cookies. Pilihan warna kebanyakannya perang dan coklat. Tiada warna-warna ‘garang’ yang ditonjolkan oleh pemiliknya. Love it!!
Pastikan anda mengikuti akaun instagram di atas. Siapa tahu mereka ini boleh mencetuskan idea dan inspirasi untuk anda melakukan kerja-kerja fotografi makanan suatu hari nanti.
Tambah komen