Keputusan rasmi Pertandingan Merekacipta Logo Hari Kemerdekaan ke-56 telah diumumkan. Tahniah kepada pemenang utama iaitu saudara Noor Hishammudin bin Omar. Logo dalam format vektor yang asal dari pemenang boleh didownload di Sifoo.com.
LOGO HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56:
Pemenang:
Noor Hishammudin bin Omar
Rasional Logo:
Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56. Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan.
Tips:
Tema “Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku” mesti disertai dengan tanda titik bertindih.
Download:
Klik untuk download logo rasmi dalam format vektor – AI & EPS
Klik untuk download logo rasmi dalam format raster – PSD & PNG
PEMENANG SAGUHATI:
KOMEN / PENDAPAT PERIBADI:
Secara keseluruhan, logo yang menang adalah ok (terutamanya, jika hendak dibandingkan dengan logo tahun lepas). Umum boleh berkata “Ini barulah logo!”. Pendapat saya, logo pemenang dan logo pemenang saguhati mempunyai ciri-ciri logo yang baik.
Untuk pemenang utama, rasionalnya sangat sesuai dengan visual yang dipersembahkan. Kalau hendak dikomen, saya lebih suka jika pemilihan typeface yang lebih unik lagi.
Dari keseluruhan logo yang menang, tidak begitu jelas tema “daulat” yang begitu abstrak untuk dipersembahkan dalam bentuk visual.
Walau bagaimanapun, saya tetap berpuas hati dengan logo kali ini. Tahniah kepada pemenang utama, saudara Noor Hishammudin bin Omar dan kepada semua pemenang saguhati daripada kami di Sifoo.com. Alhamdulillah, setelah isu kontroversi tahun lepas, logo kali ini tidak lagi “merosakkan” kredibiliti para designer Malaysia.
Maklumat lanjut tentang sambutan Hari Kemerdekaan boleh didapati dari laman web berikut: http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2.
Sila share posting ini kepada sesiapa sahaja yang memerlukan fail asal logo rasmi ini.
[box type=”download”] Klik untuk download logo rasmi dalam format vektor – AI & EPS Klik untuk download logo rasmi dalam format raster – PSD & PNG[/box]
Definitely better than last year's :).. somehow, the "6" part looks a little off to my eyes..
lebih elok dari last year punya…
tahun lepas punya bagi adik aku wat pon boleh..