#sifoodotcom

Logo Liga Bolasepak Rakyat Cerminkan Mentaliti FAM

Kursus di SIFOODOTCOM

Sekali lagi, kontroversi sindrom logo buruk melanda identiti peringkat kebangsaan. Kali ini pada logo Liga Kebangsaan Rakyat (LBR) pula mencemarkan imej FAM. Adakah ini juga mencerminkan mentaliti FAM?

Luahan Rasa Tidak Puas Hati

Seorang pereka logo, Wizan Zaini meluahkan rasa tidak puas hati beliau di akaun facebooknya. Baca luahannya:

isu_logo_lbr_wizanzaini

Kalau kena belasah 10 kosong, aku tahankan juga tangan ini. Kita main bola sejak dulu lagi. Sebelum arwah Supermokh lagi. Prestasi? Reputasi? Cowchincow! Cincaiboncai! Program macam macam ada! Hasilnya hampas! Hampas kelapa pun laku, buat bagi itek makan. Ini belanja juta-juta wang negara. Memalukan, memualkan. LBR(M) Ini yang terbaru! Ikutkan kurang ajar aku, mahu saja mencarut! Sudahlah bola hancus, logo pun barai. Main bola main main, tu sebab ranking haprak! Banyak sangat politiknya, banyak sangat kosmetik buat orang makin getik!

Kali ini tangan aku tak boleh diam. Penghinaan bagi aku! Jika adik adik designer lain tak terasa, tak mengapalah. Kali ini aku sentap! Jangan bikin malulah… Logo gomen, no komen! Tapi kali ini aku taramkan.

Aku rasa, ini bukan salah designer (jika memang designer yang buat).. Pada pandangan (berdasar pengalaman) Ini salah orang yang meluluskan. Orang yang memberi arahan. Bikin logo bukan kerja main main. Ini imej. Ini maruah. Apatah lagi ada perkataan RAKYAT MALAYSIA.

Sindrom logo Merdeka?

isu_logo_lbr_faridmansor

sedikit khabar yang menyedihkan dunia graphic di malaysia..

aku yakin yang designer buat logo ni bukan ketandusan idea dan kemerengan skill dalam membuat logo LBR. tapi bila tangan-tangan yang membuat keputusan menjadikan ia seperti.

dan maklumat yang diterima , logo ini adalah salah satu logo yang di pili dari 36 logo yang di senarai reka.

satu logo yang dibakul sampahkan, aku bukanlah seorang pencipta logo yang mahir dan pakar pengkritik artwork designer lain. tapi orang yang tak pandai membuat logo pun nampak kepincangan logo ini.

its about branding, value imej kepada dunia sukan negara.

thanks to tuan Wizan Zaini mengetengahkan isue ini.. cukuplah malaysia lauk 10-0 ,, dr segi branding kene blaja dengan JDT barangkali makhluk2 ini.

majulah sukan untuk negara..

Logo Dalam Logo?

Sekali lagi, selepas logo Merdeka ke-55, logo KDN, logo RELA…muncul pula logo LBR!

Apakah tiada pengiktirafan kepada para logo designer di Malaysia? Sehingga terhasilnya logo peringkat kebangsaan yang buruk seperti ini. Fikirkanlah wahai rakyat jelata sekalian.

Cukup-cukuplah jadi lauk UAE. Cukup-cukuplah dibentak oleh Ultras. Apa pula kata Khairy Jamaludin (KJ) yang selama ini bangga dengan grafik terbitan KBS?

#grafikgomen

 

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed