#sifoodotcom

Makcik Bawang Pun Boleh Master Selection Tool Gambar Dalam Photoshop Yang Baru Ni…

Kursus di SIFOODOTCOM

Dari dulu lagi, Adobe Photoshop sentiasa menambah baik pilihan tool untuk kerja-kerja selection. Kerana, kerja selection ni adalah antara tugasan yang paling banyak dibuat dalam Photoshop.

Magic Wand? Quick Mask?

Dulu, hanya ada Magic Wand…susahnya laa nak selection. Hanya imej yang tertentu sahaja yang boleh diselect. Kemudian, ada pula Lasso Tool yang terhad. Polygonal Lasso Tool pula hadir dengan sedikit kawalan untuk tentukan titik mana untuk buat selection, dan kemudiannya, Magnetic Lasso Tool yang mempunyai sedikit AI (Artificial Intelligent).

Siapa pernah buat selection guna Quick Mask? atau guna Channel?

Quick Selection Tool & Select Subject

Dalam versi CS, Photoshop mula masukkan selection baru iaitu Quick Selection Tool. Sangat best, lebih-lebih lagi apabila digabungkan dengan Refine Edge (yang kemudiannya dinaikkan taraf ke Select & Mask).

Paling baru, feature Select Subject. Tanpa perlu klik, Photoshop akan select secara bijaksana subjek dalam sesuatu gambar. Semakin menjanjikan proses kerja yang lebih pantas.

Dah cuba ke belum Select Subject?

Baharu: Object Selection

Akan datang, dalam Adobe Max Conference, Photoshop akan perkenalkan selection tool yang baru iaitu OBJECT SELECTION.

Jom tengok video ni.

Object Selection Tool ini membolehkan kita memilih bahagian mana yang mempunyai subjek. Tidak seperti Select Subject yang memilih subjek daripada keseluruhan imej.

Apa pendapat anda? Ada ke Makcik Bawang guna Photoshop? Hehehe 😛

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed