#sifoodotcom

Marketing Unik Pelik Untuk Viralkan Bisnes?

Kursus di SIFOODOTCOM

Boss, boss rasa apa idea unik yang kita boleh buat untuk mengangkat brand yang menjual produk atau servis yang lebih kurang sama dengan sedia ada?

Perjalanan dari KL ke Terengganu mengambil masa 4 jam lebih. Sepanjang perjalanan, banyak perkara yang saya sempat bincangkan dengan boss saya.

Boss saya tidak pernah jemu menjawab dan berkongsi ilmu dengan saya. Paling mencabar bila saya ingin bertanya sesuatu, dia akan bermula dengan “Apa yang kau faham dengan benda tu?”

Saya dengan boss saya dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.

Selalunya saya akan jawab mengikut apa yang saya faham, namun setelah banyak kali terkena dengan laluan “Apa yang kau faham” saya jadi lebih bersedia untuk bertanya, hahaha.

Antara yang saya nak kongsikan di sini adalah seperti persoalan pada perenggan pertama di atas.

Boss, boss rasa apa idea unik yang kita boleh buat untuk mengangkat brand yang menjual produk atau servis yang lebih kurang sama dengan sedia ada?

Boss saya tersenyum. Saya mengetengahkan pelbagai contoh untuk beberapa jenis produk mahupun servis. Saya kira inilah idea gila saya untuk nampakkan sesuatu yang lebih kurang sama dengan cara terbaharu dan berbeza, tanpa terlihat melampau.

Saya ringkaskan cerita.

Senang saja jawab boss saya. Katanya suatu ketika pernah viral Nasi Lemak Udang Galah.

Ramai orang nak cuba. Ramai orang nak merasai keunikan tu. Tetapi apa yang terjadi selepas itu? Tidak, tidak seperti yang diharapkan. Benda viral atau trend akan hilang, tetapi jenis makanan asasi itu tidak hilang. Maksudnya apa?

Kita berpenat lelah untuk mencipta sesuatu yang terlampau unik, sedangkan kita sendiri tidak akan dapat nak kekalkan trend dan selera manusia.

Apatah lagi kalau kekuatan viral tersebut memahat expectation yang tinggi kepada orang ramai. Bayangan minda yang melampau terhadap isu yang viral yang ingin mereka rasai sendiri.

Kesannya mencabar apabila apa yang diberikan, mustahil untuk mencapai apa yang mereka bayangkan dari impak hebohan yang kononnya gempak dan unik. Akhirnya, mulut manusia bergayut di telinga demi telinga.


Follow Instagram:

๐Ÿ‘‰www.instagram.com/muhammadsyafiqazman

๐Ÿ‘‰www.instagram.com/sifoodotcom


Kenapa tidak fokus kepada tambahan dari servis yang lain.

Ya, Nasi Lemak macam biasa, tapi kita perkemaskan suasana kedai. Perbaiki layanan. Perbanyakkan pakej baharu dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Bukankah itu cara kita mengekalkan perkara yang sukar pupus, dengan ubah suai penambahbaikan darisegi servis dan lain-lain pada pada sesuatu bisnes?

Jawapannya membuatkan saya terfikir lebih dalam. Memikirkan idea yang sepatutnya lebih bermakna dan kekal lebih lama. Bukan sekadar unik, tetapi memberi impak yang jauh lebih baik.

Betul, unik tidak bermakna berguna.

#sifoodotcom

Komen via Facebook

M. Syafiq Azman

M. Syafiq Azman

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed