#sifoodotcom

Melakar Dengan Bahagia Bersama Renee Moi.

Kursus di SIFOODOTCOM

Renee Moi atau nama sebenar Zuraini Binti Bachok merupakan wanita kelahiran Muar, Johor yang sangat mahir dalam bidang lukisan menggunakan water colour. Beliau mula melukis pada usia muda. Pada awalnya beliau menggunakan ingatannya untuk mengingati semua perkara yang menarik di mata. Kemudian beliau akan mula melakar menggunakan pen disetiap muka surat pada buku latihannya termasuk buku latihan matematik dan sains.

I found that visualizing is a better way of explaining things rather than speaking or calculating – Renee Moi

Dengan bakat yang ada pada diri beliau dan juga kesungguhan dalam bidang ini, beliau mampu meneruskan pelajarannya, memiliki lesen memandu dan membeli kereta pertamanya dengan hasil lukisannya.

Antara Koleksi Lukisan Renee Moi.

Sangat menakjubkan dan lukisan-lukisan karya beliau seolah-olah mempunyai nyawa!

Cabaran Bukan Alasan Sebaliknya Pemangkin Kejayaan.

Kejayaan tidak akan datang bergolek dengan mudah. Renee Moi juga pernah mengalami tekanan dalam kehidupan yang membuatkan beliau tidak menyentuh alat lukisannya dalam tempoh yang lama. Semua kerana tumpuannya harus diberikan kepada kerjaya dalam bidang seni bina.

Tetapi satu masa beliau sedar semua kejayaan yang diperoleh masih tidak lengkap. Beliau merasa dengan menjadi artis dalam bidang lukisan adalah apa yang diimpikannya dan beliau percaya beliau boleh “berjalan atas kaki sendiri”

Ditanya tentang perkara yang memotivasikan beliau hingga ke tahap ini, beliau berpesan:

Do what you love. Heal your heart. You need to live longer for people you love. Don’t work too hard and give yourself a break.

Kelas Lukisan Bersama Renee Moi.

Bermula dengan memanggil rakan-rakan bagi menyertai “watercolour session” yang diurus oleh beliau, kemudian beliau meneruskan lagi sesi seperti itu sehingga sekarang. Kini, beliau berjaya mengajar lebih daripada 700 orang pelajar dan bercita-cita untuk membuka studio sendiri beserta pembekal bahan-bahan lukisan.


Everybody can draw and paint. Trust your teacher and sign up class with Renee Moi. She will never let you down – Renee Moi.

Jadi bagi mereka yang berbakat dan berkeinginan dalam bidang ini dan memerlukan guru, mungkin Renee Moi adalah orang yang anda cari.

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.

Kursus di SIFOODOTCOM

5 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed