#sifoodotcom

Memahami PPI dan DPI (Bhgn 1)

Klik Penaja Kami

PPI dan DPI adalah dua istilah penting bagi setiap orang yang bekerja dengan imej. Keduanya adalah untuk resolution, atau kejelasan sesebuah imej tetapi merujuk kepada media yang berbeza – iaitu, digital vs cetakan.

PPI dan DPI sering digunakan bertukar ganti padahal sepatutnya tidak boleh begitu. 



Klik Penaja Kami

Kefahaman tentang perbezaan PPI dan DPI serta bagaimana untuk menggunakannya dalam projek anda akan membolehkan anda menghasilkan cetakan yang berkualiti dan imej digital untuk web yang baik.

Apa Perbezaan PPI dan DPI?

PPI menjelaskan tentang resolution dalam unit pixels bagi imej digital.
DPI pula menjelaskan tentang jumlah dakwat dalam unit dots bagi imej cetakan.

Walau pun PPI merujukan kepada paparan imej di skrin, ia juga akan memberi kesan kepada saiz cetakan dan seterusnya kualiti output cetakan. DPI pula tidak ada kena mengena dengan papara digital, hanya untuk cetakan sahaja.

PPI Resolution

PPI, atau pixels per inch, merujuk kepada bilangan pixel tetap yang mampu dipaparkan oleh sesebuah skrin dan ketumpatan pixel dalam sesebuah imej digital. 

Pixel count pula merujuk kepada bilangan pixel sepanjang panjang dan dan lebar sesebuah imej digital – iaitu dimensi imej dalam kiraan pixel. 

Pixel, adalah unit asas, seperti unit kecil yang membina sesebuah imej digital. Jika kita zoom in pada sesebuah imej, kita akan melihat kotak-kotak berwarna – itulah pixels.



Klik Penaja Kami

Di dalam sebuah pixel terdapat sub-pixels yang mengandungi elemen cahaya red, green dan blur. Elemen sub-pixel ini tidak dapat dilihat oleh mata manusia kerana additive color processing yang menggabungkan mereka menjadi satu warna (hue) yang dilihat pada pixel. 

Model warna RGB inilah yang digunakan oleh PPI, yang juga dikenali sebagai additive color model. Model ini tidak wujud di pencetakan – hanya untuk paparan digital seperti komputer, tv, projektor dan fotografi digital.

Bila Nak Guna PPI?

Guna PPI untuk kerja-kerja yang melibatkan imej digital. PPi sangat berguna untuk menyediakan fail untuk pencetakan (walau pun, DPI akan digunakan oleh mesin pencetak). Sesebuah imej yang mempunyai PPI yang tinggi mempunyai kualiti yang tinggi kerana ia mempunyai niali ketumpatan pixel yang lebih padat. 

Mengeksport imej pada 300 PPI secara umumnya adalah standard yang biasa digunakan oleh industri.

Menaikkan nilai PPI akan menaikkan juga saiz fail anda. Jadi, naikkan nilai PPI jika perlu sahaja. Sebagai contoh, apabila pencetakan yang melibatkan fine details atas glossy surface, bagus untuk pertimbangkan setting resolution yang tinggi. Pencetakan imej atas kanvas tidak memerlukan resolution yang tinggi kerana details akan hilang di atas tekstur kanvas tersebut. 

PPI untuk paparan digital seperti web dan media sosial tidak memerlukan resolution yang tinggi kerana ketumpatan pixel pada monitor adalah tetap. Imej 72 PPI dan imej 3000 PPI akan kelihatan sama pada skrin. Yang akan dipaparkan adalah dimensi panjang dan lebar imej tersebut dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

Bagaimana Nak Set dan Ubah PPI Resolution

Biasanya, guna raster software seperti Photoshop. 

Sebelum memulakan projek, setkan nilai resolution semasa mencipta dokumen baru.

Jika anda ingin meninggikan nilai resolution pada sesebuah imej, anda boleh melakukan proses resample. Resample adalah proses menukar jumlah pixel dalam sesebuah imej, di mana software akan mencipta dan memadam pixel bagi mengekalkan kualiti imej.

Dalam Photoshop, anda boleh klik pada menu Image > Image Size. Pilih Preserve Details untuk kualiti yang baik.

Walau bagaimanapun, dalam Photoshop yang terkini terdapat pilihan yang lebih baik. Klik menu Edit > Preferences > Technology Previews, aktifkan pilihan Enable Preserve Details 2.0 Upscale.

Pilihan ini akan muncul dalam drop menu Resampling.

Komen via Facebook



Klik Penaja Kami

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed