#sifoodotcom

Memahami PPI dan DPI (Bhgn 2)

Klik Penaja Kami

DPI Resolution

DPI, atau dots per inch, merujuk kepada nilai resolution bagi pencetak fizikal. Pencetak menghasilkan imej dengan memancarkan titik kecil (dots) ke atas bahan cetak, dan jumlah dots per inch akan memberi kesan kepada jumlah perincian (detail) dan kualiti cetakan secara keseluruhannya.

DPI menggunakan model warna CMYK – cyan, magenta, yellow, key/black) untuk mengawal jumlah cahaya berwarna red, green dan biru yang dipantulkan oleh kertas putih. Model warna ini disebut sebagai subtractive.



Klik Penaja Kami

Dots bagi setiap warna dicetak dalam format patterns, yang membolehkan mata manusia menerima paparan warna tertentu dari kombinasi tersebut. DPI adalah ukuran bagi ketumpatan. Dots tersebut adalah bersaiz tetap dan resolution ditentukan daripada berapa banyak dots yang muncul bagi setiap inci.

Bila Nak Guna DPI?

Apabila bahan grafik akan dicetak secara fizikal, mesin pencetak akan gunakan DPI. Setiap model pencetak menghasilkan setting DPI tersendiri. Pencetak inkjet menghasilkan resolution di antara 300 hingga 720 DPI, manakala pencetak laser menghasilkan resolution di antara 600 hingga 2,400 DPI.

DPI yang tinggi bermakna resolution jugak adalah tinggi, tetapi saiz dot berbeza dari setiap pencetak.

Tiada saiz dot yang standard, jadi DPI yang tinggi tidaklah selalu menghasilkan kualiti cetakan yang tinggi. Satu pengeluar mesin pencetak mungkin menghasilkan imej yang baik pada 1200 DPI tapi pengeluar lain boleh dapatkan kualiti yang sama pada 700 DPI. 

Buku dan majalah biasanya menggunakan setting 150 DPI untuk penghasilan fotografik, suratkhabar pula menggunakan setting 85DPI

Sila tanya kedai pencetak dan minta nasihat tentang spesifikasi pencetak untuk mendapatkan setting DPI yang terbaik untuk projek anda.



Klik Penaja Kami

Komen via Facebook



Klik Penaja Kami

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed