#sifoodotcom

Mencari Seorang Designer Sejati…

Kursus di SIFOODOTCOM

Fuh! Designer Sejati? Apa yang dimaksudkan dengan designer sejati dan bagaimana hendak mencari “spesis” ini?

Ok. Alkisahnya, aku terjumpa satu posting screenshot di facebook tentang seseorang bertanya kaedah yang terbaik mencari dan memilih designer untuk diambil bekerja di syarikat beliau.

Screenshot yang dikongsikan di facebook.

Soalan

“Untuk syarikat baru yang tidak pernah ada graphic designer, bagaimana untuk buat pemilihan pekerja bidang ini untuk mengelak dapat designer yang tak pandai design? Jika diminta portfolio hasil kerja bimbang ada yang tipu pula design. Minta bantuan pakar disini bagaimana untuk interview Graphic Designer.”

Jawapan

Pengalaman saya:

  1. Test secara lisan fungsi2 asas dlm software
  2. Bagi simple task on the spot. keluarkan smartphone n minta dia hasilkan artwork pakai apps sprt canva.om ke etc sebb kita majika selalu nak pakai artwork segera, kalo dia bergantung harap pada laptop/desktop jer tak tahu la brapa hari nak siap
  3. Buka laptop kita dgn software yg ada, minta dia selesaikan task mudah yg kita boleh bagi

huhu…sbb saya pon majikan yang sendiri buat design, jadi kita nak latih bakal pekerja kita lagi laju drpd kita

Apa Isu Yang Berbangkit?

  • Pemilik syarikat nak cari designer “sejati” tapi tak pasti kaedah yang terbaik.
  • Beliau bimbang terambil designer yang tak pandai design.
  • Beliau juga bimbang jumpa designer yang tipu portfolio.

Menarik. Ada ke designer yang tak pandai design? Kalau ada, kenapa nak kerja sebagai designer atau nak gelarkan diri sebagai designer?

Kemudian, ada pula spesis designer yang desperate sangat nak dapatkan kerja sehingga tipu portfolio. Mungkin, dia pinjam kawan punya atau zaman sekarang ni lagi mudah…download je dari internet, lepas tu bawa masa interview.

Designer Juga Manusia

Manusia ada bermacam-macam ragam dan perangai. Jadi, tak mustahil akan wujud spesis designer yang tak jujur, pemalas, sembang padu tapi hasil tarak.

Maka, majikan akan cuba mengelak dari tertipu oleh spesis designer tersebut. Majikan yang kurang berpengalaman atau kurang alert mungkin akan terjebak dengan masalah terambil spesis designer ini. Kemudiannya, majikan pening kepala menguruskan mereka dan kerja mereka.

Adakalanya, mereka ini terlalu “bijak “menipu sehingga majikan yang alert pun terkena juga.

Apa Yang Majikan Boleh Lakukan?

Kalau saya, semasa sesi interview dijalankan, lakukan perkara berikut:

  • Pertanyaan maklumat peribadi yang biasa dalam mana-mana temuduga. Biasanya, ini lebih kepada untuk mengenal latarbelakang dan peribadi calon.
  • Pertanyaan tentang pengalaman kerja. Bahagian ini lebih kepada nak tahu skop kemahiran kerja, bidang kerja, proses kerja, cara dia bekerja dengan majikan lama atau dengan team lama.
  • Semakan resume / cv. Semasa calon menjawab soalan-soalan di atas, majikan hendaklah menyemak dengan resume calon agar segala maklumat adalah tepat dan benar.
  • Pertanyaan teknikal. Majikan nak tahu pengetahuan designer tentang teknik-teknik menghasilkan design. Boleh tanya tentang teknikal penggunaan software, tentang final artwork/finishing, tentang format media, tentang proses cetakan dan lain-lain yang berkenaan dengan skop kerja di syarikat majikan.
  • Semakan portfolio. Designer yang datang interview tapi tak bawa portfolio sepatutnya kena halau balik je. Hehe. Ganas? Wajib kot. Majikan kena go through setiap helaian hasil kerja yang disusun supaya dapat kenal jenis designer, stail dia, kekuatan dan kelemahan dia. Majikan kena alert dengan portfolio ini supaya boleh counter-check untuk bahagian interview yang selepas ini (baca point kat bawah ini).
  • Sesi ujian design. Rasanya, ramai majikan dah pun mengamalkan kaedah ini untuk melihat dan menilai kemahiran calon designer yang mungkin akan diambil bekerja. Majikan boleh sediakan satu komputer, beri satu simple task dengan brief yang cukup, akses kepada internet, mungkin sediakan juga bahan / material untuk task tersebut dan berikan masa yang secukup dan sewajarnya untuk calon siapkan task tersebut.
  • Penilaian keseluruhan. Daripada sesi perbualan lisan, majikan boleh nilai cara designer berkomunikasi, cara fikir, gaya personaliti. Daripada sesi semakan resume dan portfolio, majikan boleh nilai pula tahap pengalaman dan tahap kemahiran serta stail design. Daripada sesi ujian, majikan boleh nilai kecekapan menyiapkan kerja, kecekapan mencetuskan idea, kekemasan hasil kerja. Di sini juga majikan boleh mengesahkan samada calon bercakap benar tentang tahap kemahiran serta portfolio yang dibawa. Majikan boleh buat perbandingan.

Kenapa Pula Majikan Suruh Test Guna Canva?

Screenshot di atas menjadi kontroversi di kalangan para designer. Mereka mempersoalkan cadangan di atas. Kenapa Canva? Canva bukan app standard untuk designer kot…Designer perlukan Photoshop atau Illustrator untuk hasilkan artwork yang cantik gila.

Aku ada pandangan berbeza sikit. Jangan marah aku eh. Haha.

Betul, tak dinafikan designer memerlukan software industry-standard macam Adobe Photoshop, Illustrator, InDesign, CorelDraw untuk hasilkan artwork. Tapi, software hanyalah tool untuk membantu memudahkan proses merealisasikan idea dan konsep design kepada final artwork.

Jika anda seorang designer sejati, guna MS Paint atau PowerPoint atau Word pun, anda boleh serlahkan kemahiran design. Yang penting adalah kekuatan design foundation seperti design principle, composition, typography, design elements, visual communication

Kalau bagi guna Illustrator CC 2020 tapi kombinasi font dan kombinasi warna pun gagal…tak designer sejati la. Itu belum lagi lagi kisah tak tau apa itu setting bleed atau safe area…

Designer sejati seharusnya lebih memahami proses design serta mampu menilai kriteria hasil kerja design yang baik tak kira apa tool yang digunakan sekalipun.

Jenis Keperluan Majikan Berbeza

Majikan menjalankan perniagaan yang berbeza-beza antara majikan yang lain. Designer kena tahu tentang syarikat yang dia nak cuba masuk tersebut. Kalau syarikat penerbitan buku, designer kena tahu apa skop kerja dan kemahiran yang dia perlu ada untuk bekerja di sana. Kalau syarikat agensi pengiklanan, lain pula set kemahirannya. Kalau syarikat yang menjalankan perniagaan online, lain pula benda yang designer kena tahu…silap-silap dari web, social media, teknik online marketing, strategi kandungan pun kena belajar.

Jadi, designer sejati punya kekuatan bukan sekadar terletak pada kemahiran software sahaja.

Teknologi Tak Boleh Dihalang

Bukanlah nak kata sekarang designer kena guna app mudah macam Canva dan sebagainya. Tapi, teknologi yang datang, kita tak boleh halang. Dulu, designer guna tools manual, kemudian muncul komputer dan software, sekarang muncul pula mobile app dan web app.

Saranannya, designer kena ambil tahu tentang technology update. Tools yang kita guna 10 tahun lepas mungkin ada perubahan terbaharu atau mungkin dah takde orang pakai lagi atau mungkin ada pengganti yang lebih baik.

Kalau dulu, beli komputer mahal untuk buat design, sekarang smartphone semakin canggih dan macam-macam app muncul untuk memudahkan kerja. Kalau orang lain guna, takkan kita nak marahkan tukang keluarkan app atau marahkan majikan yang suruh guna app…Ambil tahu supaya anda relevant dan anda tahu kelebihan serta kekurangan tools lain.

Jadi, siapakah Designer Sejati?

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

2 komen

Leave a Reply to Asyraaf Azahari Batal balasan

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed