#sifoodotcom

15 Akaun Instagram Ini Patut Menjadi Inspirasi Peminat Fotografi Tahun 2020

Kursus di SIFOODOTCOM

Zaman sekarang ini kebanyakan masyarakat semakin kreatif dan suka mencuba sesuatu yang baru. Salah satu aktiviti yang paling digemari ramai adalah street art photography iaitu seni menangkap gambar secara random. Apa yang best, seni fotografi ini tidak memerlukan modal yang banyak. Cukup sekadar kamera di telefon dan sikit touch up daripada aplikasi photo editing yang ada.

Berikut adalah akaun Instagram yang menarik dan yang patut anda ikuti:

1. @tkdnxv

Nama sebenar pemilik akaun ini adalah Tengkuden merupakan founder bagi seminar App Apa Bro! Beliau sangat aktif di instagramnya dalam berkongsi tips-tips menarik untuk mengedit gambar. Selain itu, beliau selalu mengadakan pertandingan-pertandingan yang mudah contohnya peserta perlu edit gambar dan tag beliau di instagram kemudian akan berpeluang mendapat hadiah berupa wang ringgit daripada beliau. Tidak cukup dengan itu, beliau juga banyak berkongsi pengisian yang bermanfaat di akaun Youtubenya.

Salah satu pengisian terbaik dari beliau. Anda boleh cari banyak lagi di Youtube.

2. @hakimxkamarul

Hakim Kamarul merupakan salah seorang mobilegraphy yang mana beliau hanya merakam gambar menggunakan telefon. Gambar-gambar beliau sangat menarik, tidak terlampau sibuk iaitu kebanyakan hanya focus pada satu objek.

3. @hafizyasit

Hafiz Yasit adalah rakan kepada @tkdnxv jadi gambar beliau juga tidak kurang hebatnya. Apabila melewati akaun instagramnya, beliau lebih suka merakam gelagat manusia.

4. @aquamir

Pemilik instagram @aquamir ini lebih banyak memfokuskan pada gambar-gambar pemandangan. Apabila anda melihat gambarnya, anda akan takjub kerana tidak sangka sesuatu yang biasa dilihat dengan mata boleh dirakamkan menjadi sebuah kenangan yang menarik.

5. @ fareezsiva

Fareezsiva yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia merupakan seorang photographer dan graphic designer. Tahap kreatif beliau dalam seni ini apabila anda akan melihat gambar tong sampah yang mungkin kebanyakan orang tidak nampak apa yang menarik dengan tong sampah. Tapi, fareezsiva mampu menjadikan sudut tong itu menarik kerana ada mesej tersirat disebalik gambar itu. Power!

6. @ zdy.rmly

Nama sebenar pada pemilik akaun ini adalah Zaidy Ramly. Beliau merupakan content creator yang berbakat dalam bidang fotografi. Pernah mencipta cover untuk rancangan BadBoii di Netflix juga pelbagai video promo contohnya Anas Cosmetic yang dilakonkan oleh Ayda Jebat.

Video daripada Zaidy Ramli untuk Leeyana Rahman Raya 2019 Campaign.

7. @hairihussain

Selain daripada merakam random photos, Hairi Hussain juga membuat servis fotografi untuk majlis perkahwinan dan majlis-majlis yang lain. Gambar-gambar yang dikongsikan di akaun instagramnya sangat cantik dan memukau mata yang melihat.

8. @farisofar

Hanya berumur 18 tahun, pemilik akaun farisofar ini boleh dikategorikan sebagai seorang mobile photography yang hebat. Teknik gambarnya sangat kemas dan teliti. Rasa kagum apabila anak muda seperti ini mampu menghasilkan karya yang setanding dengan fotografi hebat yang lain.

9. @akmalahmad_lk

Ahmad Akmal Husny, pemilik pada akaun instagram @akmalahmad_lk banyak berkongsi gambar yang menunjukkan keadaan sebuah kota yang pesat tapi penuh dengan makna tersirat. Kebanyakan gambar yang ditangkap adalah pada waktu malam dan ia menunjukkan bagaimana sebuah kota itu “hidup” dengan gelagat manusia pada waktu malam.

10. @eijadd_

Selain menangkap gambar secara random, @eijadd_ juga mengambil upah untuk sebarang majlis seperti majlis aqiqah dan majlis graduasi. Hasil sentuhannya yang menarik memberikan beliau keyakinan untuk menjadi pengasas pada @fotoby_ejad. Boleh tengok pada kedua-dua akaun miliknya kerana mungkin beliau fotografi yang anda cari.

11. @zakeeyun_

Zakiuddin merupakan nama sebenar bagi akaun ini. Pada kebanyakan gambarnya, beliau sertakan dengan kata-kata hikmah dan semangat yang mungkin boleh memberi insipirasi kepada pembacanya.

12. @ameerullroslan

Ameerul Roslan juga merupakan fotografi profesional yang bukan sahaja menangkap gambar secara suka-suka, tapi juga mengambil upah sebagai jurugambar perkahwinan. Tulisan-tulisan pada setiap gambarnya sangat kreatif dan cantik dan menaikkan lagi seri gambar beliau.

13. @imanazlan11

Siapa sangka seorang doktor mahir dengan dunia fotografi? Ya Iman Azlan telah membuktikannya. Kesibukan dengan kerjaya sedia ada tidak menghalang beliau untuk teruskan minatnya. Jadi, kepada anda yang mempunyai kerjaya sendiri tetapi dalam masa yang sama mempunyai minat dalam dunia seni fotografi, anda mungkin jadikan @imanazlan11 sebagai idola.

14. @k__amin

Kebanyakan gambar diambil okeh Amin K adalah gambar daripada struktur bangunan dan pemandangan alam sekitar. Sentuhannya sangat menarik kerana apabila anda melihat gambarnya anda akan tertanya-tanya di manakah destinasi gambar tersebut. Rasa macam nak ambil juga gambar macam tu. Haa inilah yang dikatakan gambar ini mampu memberikan impak terhadap jiwa orang yang melihat.

15. @thisiszahrifdude

Muhamad Zahrif merupakan nama sebenar pada akaun instagram ini. Juga seorang yang profesional dalam bidang fotografi, beliau banyak merakam gambar yang menunjukkan aksi ataupun norma masyarakat, bangunan di sekitar Kuala Lumpur, model-model dan banyak lagi. Selain di Malaysia, banyak juga gambar yang dirakamkan daripada negara luar seperti India dan Kashmir iaitu tempat yang kaya dengan budaya mereka.


15 akaun sahaja yang perlu saya ikuti pada tahun 2020 ini?

Tidak, sebenarnya ramai lagi yang berbakat besar dalam dunia fotografi ini dan mungkin yang membaca artikel ini adalah salah satu daripadanya. Kongsikan nama-nama fotografi yang berbakat besar bagi anda supaya seni yang kreatif dan bermanfaat seperti ini menjadi ikutan ramai.

Komen via Facebook

Sifoo.com (Amira)

Sifoo.com (Amira)

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed