Suka dengan gambar atau imej angkasa? Nah, NASA – National Aeronautic and Space Administration kini membuka galeri media mereka kepada orang awam untuk dilihat dan didownload untuk digunakan secara bebas hakcipta.

Orang ramai boleh membuat carian media menggunakan kata kunci yang diingini. Bukan sahaja gambar angkasa lepas tetapi acara pelepasan kapal angkasa dan acara NASA yg lain juga boleh didapati dari galeri media ini.
This image from NASA’s Spitzer Space Telescope shows the Orion nebula, our closest massive star-making factory, 1,450 light-years from Earth. The nebula is close enough to appear to the naked eye as a fuzzy star in the sword of the constellation.
Terma penggunaan media boleh dibaca dalam laman web tersebut. Secara umumnya untuk kegunaan non-komersil sesiapa pun boleh menggunakannya secara bebas tanpa ikatan hakcipta.

Walau bagaimanapun untuk kegunaan pengiklanan terdapat panduan yang berbeza seperti yang dipaparkan di bawah ini.

Galeri ini sangat bagus! Mudah nak dapatkan sumber gambar berkaitan angkasa lepas terutamanya untuk penerbitan bahan ilmiah, penulisan blog dan untuk kerja digital imaging yang lain.
Tambah komen