#sifoodotcom

Offspade dan Dropart Sediakan Platform Menarik Untuk Pengkarya Digital

Kursus di SIFOODOTCOM

Dua platform tempatan untuk anda berkongsi hasil karya digital dan serlahkan bakat anda agar lebih dihargai dan dikenali.

Ya mungkin ada yang melakar seni sekadar hobi atau suka-suka. Tetapi lebih baik jika anda “upgrade” karya seni anda seperti menyertai pertandingan dan sebagainya. Selain menjadikan anda lebih bermotivasi untuk terus menghasilkan seni yang terbaik mungkin juga anda boleh mengharumkan nama negara dengan bakat anda.

So dekat mana nak pamerkan pameran seni dalam bentuk online? Jom tengok!

1. Offspade.com

Offspade merupakan satu web yang membolehkan anda untuk kongsikan hasil seni anda tanpa bayaran atau sebarang caj. Malah mungkin anda berpeluang memenangi wang ringgit apabila anda menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Offspade ni. Dalam page Offspade ni, terdapat satu bahagian yang dinamakan sebagai “Event”. Dimana anda berpeluang memenangi hadiah bulanan sebanyak RM200 dengan menghantar karya-karya anda. Macam mana nak menang dan sertai? Klik Event.

Anda juga boleh klik pada butang Explore untuk melihat hasil-hasil orang lain dan Activity untuk mengetahui aktivit-aktiviti yang berlaku di Offspade.

Jom kita usha sikit apa yang ada dekat Offspade ni.

Untuk lebih memahami tentang penggunaannya, boleh pergi ke Offspade.

Events Menarik Offspade.

Dengan hanya menghantar karya seni anda, anda berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM200!

Hasil Seni Pengguna Offspade.

Anda Tanya, Offspade Jawab.


2. Dropart.xyz

Sama seperti Offspade di mana anda boleh kongsikan hasil seni anda dengan PERCUMA! Apabila anda sign in di Dropart.xyz, anda terus boleh kongsikan karya seni anda disitu. Untuk melihat hasil dari orang lain, anda boleh terus pada Bank yang mengumpulkan hasilan seni dan sudah siap sedia dikategorikan mengikut kategori setiap seni bagi memudahkan pencarian.

Selain itu, terdapat butang Highlight yang berfungsi untuk kongsikan kepada anda berita-berita baru, kata-kata positif dan sebagainya.


Untuk lebih memahami tentang penggunaannya, boleh pergi ke Dropart.

Apa Ada di Bank Dropart?

1. Graphic

2. Fineart

3. Fashion

4. Photography

5. Architecture

6. Toys

7. Street Art

8. Industrial Design

9. Typography


Sangat mudah sebenarnya untuk anda serlahkan bakat anda bila anda menggunakan medium-medium yang sedia ada dengan sebaiknya. Jadi lepas ni boleh kongsikan hasil seni anda disini supaya bakat anda lebih dihargai! Selamat mencuba!

Komen via Facebook

Sifoo.com (Amira)

Sifoo.com (Amira)

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed