#sifoodotcom

Open Doodles, Lukisan Tiada Batasan

Kursus di SIFOODOTCOM

Hai viewers sifoodotcom!!! Pasti ramai yang suka melukis atau berminat dengan lukisan kartun. Sekarang kita boleh lihat pada majalah, iklan, billboard, dan lain-lain sudah mula mempamerkan lukisan kartun yang pelbagai jenis dan kesemuanya menarik perhatian.

Pada siri kali ini kami nak review serba sedikit berkaitan satu online app karya digital versi karun Doodle, Open Doodle.

Paparan Utama

Pertama sekali kamii nak bawa anda ke laman utama Open Doodle ini.

Tidak seperti dua review yang kami buat sebelum ini iaitu Canva dan Vectr. Anda perlu sign up dengan akaun Google atau Facebook sebelum dapat mengakses aplikasi tersebut. Namun, Open Doodle ini sangat bermurah hati untuk memberi percuma doodle mereka secara bebas tanpa perlu memberi credit kepada owner.

Format Fail

Menarik berkaitan open doodle ini, mereka menyediakan dua jenis format fail apabila kita hendak download doodle image ini iaitu svg (Scalable Vector Graphics) dan png (Portable Network Graphics). Svg akan beri kebebasan kepada kita untuk ubah saiz gambar pada skala yang besar dan kecil kerana di simpan dalam vector image file, manakala png menghadkan proses mengubah skala kerana disimpan dalam bentuk raster image format.

format svg dan png

Composition

Composition adalah gabungan gambar illustrator doodle dengan warna dan beberapa bentuk. Bagi kami, penggunaan warna dan bentuk yang digunakan sangat menarik perhatian.

penggunaan warna dan bentuk yang attractive

Example

Kita boleh lihat contoh penggunaan doodle pada ruangan Example yang kita boleh dapati pada kanan atas website ini. Antara contoh yang kita boleh guna adalah penghasilan poster Qoute, paparan utama blog, poster infografik dan lain-lain.

Generator

Pada ruang Generator, kita boleh menukar warna latar belakang, lukisan dan outline pada kesemua doodle yang disediakan. Namun hanya 6 pallete color sahaja diberikan.

Berminat untuk Melukis?

Kami ingin kongsikan kepada anda satu video berkaitan cara untuk melukis seperti ini. Video ini sangat mudah untuk diikut tapi anda perlu ada tiga apps dan dua daripadanya hanya boleh di dapati dalam Ipad Apple Store, iaitu Procreate, Adobe Illustrator dan Sketch.

sumber: youtube

Tiada yang mustahil lagi dengan Open Doodle, banyak yang kita boleh aplikasikan gambar ini dalam design harian kita. Sekian saja review kali ini, diharap post ini dapat membantu viewers sifoodotcom menceriakan lagi design anda.

Nyatakan pandangan dan komen mengenai Open Doodle ini di ruangan yang disediakan.

Nyatakan pandangan dan komen mengenai Open Doodle ini di ruangan yang disediakan.

Komen via Facebook

Sifoo.com (Iylia)

Sifoo.com (Iylia)

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed