#sifoodotcom

Peminat Komik Harus Kenal Siapa Mat Komik.

Kursus di SIFOODOTCOM

Masyarakat Melayu khususnya sinonim dengan peribahasa “membaca jambatan ilmu”. Saya pasti ramai yang memahami maksud peribahasa ini. Tetapi, ramai juga yang tidak suka membaca kerana bagi mereka tulisan yang banyak akan menyerabutkan kepala!


Ya, sebab itulah kebanyakan masyarakat memerlukan komik sebagai medium yang lebih santai untuk memperoleh sesuatu maklumat dan mesej-mesej positif serta dapat meningkatkan daya imaginasi. Tapi ada juga yang tidak minat dengan komik sebab terlalu costly sedangkan mereka cuma ingin membaca sekali sahaja. Jangan risau, inikan abad serba-serbi mudah hehe.

Okay, dekat mana nak dapatkan bahan bacaan dalam bentuk komik santai secara online dan percuma? Anda boleh usha dekat Matkomikcom.

Siapa Sebenarnya Matkomik.com?

Founder Matkomik.com iaitu Artzam berasal daripada Kota Tinggi, Johor. Dengan misi untuk menjadikan komik sebagai sumber pembelajaran utama, maka terhasilah Matkomik.com ini! Apa yang menarik tentang Matkomik.com ini adalah semua komiknya dihasilkan oleh anak tempatan sahaja! Bila anda lihat pada page Matkomik.com, pasti anda akan kagum dengan hasil-hasil daripada “orang kita” kerana sebenarnya terlalu ramai yang berbakat tanpa kita ketahui.


Jom lihat antara perkara yang menarik di Matkomik.com ni.

Pemenang Komik CKOM2017

Matkomik.com memaparkan karya-karya pemenang Cabaran Komik Online Malaysia
di dalam page mereka bermula daripada tahun 2014 lagi!

Komik Baru

Hasil-hasil komik karya yang baru juga disediakan di main page Matkomik.com.

Komik Pilihan dan Komik Siri

Komik pilihan dari komik-komik yang terbaik dan juga komik yang berepisod disediakan di Matkomik.com.

Jaringan

Jaringan ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Kedai, Belajar dan Novel. Gambar di atas adalah sebahagian daripada Jaringan Belajar. Dibuat khusus bagi anda yang ingin berjinak-jinak dalam bidang penulisan komik.

Anda juga boleh download aplikasi Matkomik di Google Store. Klik sini.


Oh ya, Matkomik.com juga sangat menggalakkan kepada mereka yang gemar merakamkan emosi dalam bentuk lukisan dan berhasrat untuk mencipta komik untuk menghantarkan hasil-hasil anda. Mari saya quote kata-kata motivasi dari Matkomik.com :

“Karya-karya di Matkomik lebih mementingkan mesej atau isi kandungan komik yang hendak disampaikan daripada gaya lukisan itu sendiri mahupun kecantikkan lukisan komik tersebut”

Jadi jangan risau jika anda tidak yakin dengan hasil lukisan anda, yang penting mesej yang ingin disampaikan sampai kepada pembaca. Cara nak hantar hasil anda sangat mudah, klik saja pada butang hantar di Matkomik.com. Siapa tahu rezeki anda untuk menjadi seorang yang lebih berjaya dengan hasil anda ini :).

Selamat membaca dan mencuba!

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.

Kursus di SIFOODOTCOM

1 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed