Yong Lin seorang lagi rakyat Malaysia yang telah menempah nama di persada dunia. Pemuda kelahiran Pulau Pinang ini masih muda tapi sudah banyak pengalaman berkaitan dengan dunia fotografi dan digital art.
Halangan Sebagai Batu Loncatan Untuk Bekerja Lebih Keras.
Hidup dalam suasana keluarga yang sederhana adalah sangat sukar bagi Yong untuk meneruskan minatnya. Anda juga tahu keperluan dalam bidang seni adalah sesuatu yang agak mahal.
Sejak berusia 5 tahun lagi, Yong banyak memenangi anugerah dalam pertandingan-pertandingan yang beliau sertai. Tetapi sayangnya beliau hanya dapat menyimpan trophy di dalam bekas tanpa mempamerkannya.
DSLR pertama saya dibeli dengan membuat loan selama tiga tahun – Yong
Bayangkan hanya kerana kamera, ibunya perlu membuat bayaran selama tiga tahun. Tetapi ianya bukan sesuatu yang sia-sia kerana ibu Yong tahu Yong mampu menghasilkan sesuatu yang baik.
Yong juga pernah mendapat tentangan dari gurunya dengan mengatakan bidang seni tidak akan memberi masa depan yang cerah.

Tidak mengambil serius terhadap kata-kata negatif malah menjadikan halangan sebagai asbab untuk terus kuat berusaha itu rahsia kejayaan Yong. Bagi Yong apa yang penting ;
Do what you love, love what you do- Yong
Usaha Keras Demi Cita-Cita.
Semua pun tahu salah satu cara untuk mendapatkan biasiswa penuh adalah dengan mendapatkan keputusan yang baik dalam semua peperiksaan besar diperingkat sekolah dan ianya lebih terbuka pada jurusan sains tulen. Walaupun bukan minatnya, Yong terpaksa bekerja keras selama dua tahun untuk “survive” dan teruskan cita-citanya dalam bidang seni. Dan ya! Yong berjaya!
“The last 2 years of my high school life was miserable mentally, I studied really hard…force feeding myself with knoweldge.”- Yong

Tiga Perkataan Pemangkin Semangat Hingga Berjaya.
“ Just keep shooting”
Tiga kata-kata berharga daripada pensyarah Yong apabila dia bertanya tentang bagaimana mahu jadi jurugambar profesional. Kerana hidup ini perlukan usaha. Setakat baru mencuba dua tiga kali dan menyerah kalah memang tidak kemana. Siapa tahu ketika kita berundur di percubaan yang ke sembilan, sebenarnya telah ditakdirkan kejayaan kita berada di kali yang ke sepuluh.
Yong teruskan merakam gambar dan sesuatu yang menakjubkan apabila Yong hanya belajar tentang fotografi melalui majalah dan Youtube. Semua boleh dilakukan asalkan anda cekal. Hendak seribu daya tidak seribu dalih.
Yong mengabungkan hasil imaginasi dengan realiti atau lebih dikenali sebagai Digital Artworks.
Penerbangan Kali Pertama Ketika Memenangi Anugerah.
Memenangi Sony World Photography Awards 2015 merupakan kali pertama Yong diberi peluang menaiki kapal terbang dengan tujuan yang besar iaitu untuk meraikan kejayaanya memenangi pertandingan tersebut. Setelah tiga kali menyertai pertandingan ini, akhirnya pada kali ketiga Yong diumumkan sebagai juara. Dan yang paling mengujakan gambar yang dimenangi itu adalah gambar rumah atuk dan neneknya di alor setar.

Sony World Photography Awards 2015 .
Anugerah Lain.
- Sony World Photography Awards 2015 – Youth Photographer of The Year.
- Nando’s Art Initative 2015 Digital Art Grand Prize.
- Nikon International Photo Contest 2014-2015 – Generation N Award.
- World Palm Portraits Photography Competition 2015, Grand Prize.
- Sony World Photography Awards 2017 – Open Category Enhanced Shortlist
Jom saksikan kisah perjalanan kehidupan seni Yong!
Saya petik kata-kata dari Yong untuk membuat anda lebih bermotivasi mencapai misi anda:
“Semua orang ada kebebasan untuk melakukan apa yang dia minati. Jangan biarkan orang mengaturkan hidup kita. Buat apa yang anda suka. Kehidupan kadang-kala tidak adil tapi itu bukan alasan untuk berputus asa. Kerana setiap orang akan melalui jalan yang berbeza.” – YONG
Tambah komen