Klik Penaja Kami
Mungkin ramai yang biasa mendengar tentang kewujudan Adobe Bridge. Menurut pengalaman saya bertemu dengan rakan-rakan serta peserta kursus Sifoo.com, tidak ramai yang menggunakan Adobe Bridge secara intensif. Perisian yang disekalikan di dalam pakej installation Adobe ini mempunyai banyak kelebihan.
Semua aset visual seperti foto, imej, fail format asal Photoshop, Illustrator, InDesign, Camera RAW, PDF dan lain-lain dapat dilihat secara previu melalui Adobe Bridge. Ini memudahkan kita untuk melihat previu fail sebelum menggunakannya di dalam kerja.


Di dalam versi terkini produk Adobe, Mini Bridge telah dimasukkan di dalam produk utama sebagai salah satu daripada panel. Mini Bridge memudahkan kita membrowse fail imej di dalam sesebuah perisian itu sendiri. Pilih sahaja fail imej yang ingin digunakan, drag dan place ke dalam fail kerja. Mudah!

Jadi, sila cuba buka Adobe Bridge yang tak pernah dibuka selama ini. Mungkin akan membantu melancarkan lagi proses kerja anda selepas ini.
Untuk bacaan lanjut, sila ke laman web Adobe.com > http://www.adobe.com/sea/products/bridge/features.html
Sekian. Jumpa lagi di tulisan akan datang.
Tq Bro…baru saya faham.
hahaha..kadang2 dok guna drag2 gambar ja..lain2 tak pernah usik…
bila drag kat ps,..dia akan jadi gambar tu jadi smart object 🙂
selalu gak guna, boleh filter macam2, bleh labelling, tagging pon buleh kot… selain dari tu buat adjustment guna camera raw… eh, macam2 lagi lah! 😀
thanks utk ilmu yg berguna ni.