#sifoodotcom

Perlukah Bayar Harga ‘Design Proposals’?

Kursus di SIFOODOTCOM
Kredit Ilustrasi @Kartun Namikpasha

Kebiasaannya, klien yang ingin mengupah seorang pereka untuk khidmat reka bentuk grafik mahu melihat tiga atau beberapa pilihan konsep dan idea yang berbeza sebelum membuat pilihan terakhir.

Proses yang betul ialah kedua pihak berbincang dan bersetuju dengan proses kerja serta harga keseluruhan kerja berdasarkan spesifikasi dan kehendak klien. Pereka akan mengeluarkan sebut harga dan invois untuk menuntut bayaran pertama (deposit). Selepas mendapat bayaran pertama, barulah pereka akan mula membuat kerjanya. Ini adalah fasa pertama.

Biasanya, untuk fasa pertama ini pereka akan mencari idea dan membangunkan konsep reka bentuk menurut kehendak klien serta waktu yang dipersetujui. Hasil fasa pertama akan dipersembahkan kepada klien di mana secara lazimnya klien ingin melihat beberapa idea yang berbeza.

Okay. Sehingga ini, itulah fungsi bayaran pertama tadi.

Pereka mula buat kerja. Dan, klien dah bayar untuk kerja tersebut. Bayaran pertama (deposit) tadi adalah bukti komitmen oleh kedua pihak.

Saya tak nak panjangkan ke fasa seterusnya. Mungkin kita akan sambung di lain artikel nanti untuk fasa seterusnya dan prosedur ‘tarik hand-brake’.

Berbalik kepada topik asal, adalah tidak logik jika klien meminta pereka untuk mempersembahkan beberapa idea reka bentuk untuk dipilih sebelum membuat keputusan untuk membayar. Pereka akan menghabiskan masa berfikir, membuat kajian, mencari ilham, menyemak idea lain, membuat lakaran idea, membina reka bentuk…tetapi klien tak mahu membayar proses ini.

Klien harus sedar, idea yang terbit dalam fikiran tidak akan terhasil secara automatik dalam format grafik dalam komputer. Ia memerlukan proses. Proses memerlukan masa. Masa, bagi seorang pereka adalah “sumber rezeki” mereka.

Di dalam tempoh masa tersebutlah pereka menggunakan kemahiran mereka yang bernilai dan memerah bakat mereka bagi memenuhi apa yang diminta oleh klien, malah lebih lagi. Kos penggunaan internet, elektrik, langganan software dan pengangkutan (untuk bertemu) juga termasuk dalam kos masa ini.

Rujuk ilustrasi kartun oleh Namikpasha di atas, sangat tidak beradab jika pelanggan pergi ke kedai makan, minta daripada tukang masak tiga jenis makanan yang berbeza dan hanya akan (1) bayar jika salah satu makanan sedap dan memuaskan hati, (2) berangkat pulang jika ketiga-tiga makanan tersebut tak sedap pada tekak.

Walau bagaimanapun, jika pelanggan tadi bayar makanan tersebut, dia hanya nak bayar untuk satu makanan yang sedap sahaja. Yang lagi dua menu? Apa jadi dengan bahan ramuan, gas memasak, masa tukang masak, masa untuk memasak tempahan pelanggan lain?

Oleh itu, klien harus menghormati proses ini. Para pereka juga harus memahami proses ini supaya tidak terkorban kerana pembaziran masa begini. Klien dan pereka harus bersetuju dengan akad sebelum memulakan projek, barulah berkat.

InsyaAllah.

Tips tambahan: terma dan syarat serta pemenuhan item kerja harus dibentangkan dan dipersetujui oleh kedua pihak untuk mengelakkan tuding-menuding jari sekiranya timbul ketidakpuasan hati.

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed