#sifoodotcom
undang hak cipta

Perlukah Mendaftarkan Hak Cipta Gambar dan Teks?

Kursus di SIFOODOTCOM



Klik Penaja Kami


Klik Penaja Kami

Saya terlibat dalam bisnes servis penerbitan buku. Tolong orang yang mahu terbit buku sendiri.

Ada masanya jumpalah kes begini.

“Tuan dah minta kebenarankah nak pakai gambar ini daripada pemilik asalnya?”

Dengan selamba dia menjawab, “Kenapa nak kena minta? Dah dia letak kat facebook, patutnya bolehlah ambil. Dia pun tak letak watermark pun.”



Klik Penaja Kami

Salah faham begini yang selalu saya kena hadap.

Tak letak watermark maka boleh guna gambar milik orang lain itu?

Dan kes begini tidak terjadi dalam kes gambar sahaja. Pernah saya jumpa buku yang teksnya hasil tulisan orang lain.

“Saya rasa macam pernah jumpa tulisan ini dalam facebook. Tuan kah yang tulis?”



Klik Penaja Kami

Orang yang mahu terbit buku jawab, “Bukan, saya pun jumpa orang share dalam whatsapp, tak ada nama pun. Jadi saya ambil sahaja.”

Akta Hak Cipta

Soalan paling lazim ditanya oleh penulis, “Bagaimana cara saya mendaftarkan hak cipta bagi tulisan saya?”

Jawapannya TIDAK PERLU.

Hak cipta diberikan secara AUTOMATIK sebaik saya sesuatu karya itu dihasilkan.

Contoh tuan baru ketik shutter untuk ambil gambar, secara automatik gambar itu adalah hak cipta milik tuan.

Contoh lain, tuan sudah siap menulis manuskrip novel, belum pun hantar kepada penerbit buku. Manuskrip itu automatik sudah dilindungi undang-undang hak cipta.

Malah tulisan di facebook juga dilindungi terus.

Ini kerana Malaysia antara negara yang menandatangan Konvensyen Berne. Ada 150 negara yang merupakan ahli konvensyen ini.

Isu seterusnya adalah macam mana nak claim siapa tulis dulu?

Kenapa perlu sibuk pasal hak cipta?

Ada kata-kata sinis, “Kenapa nak sibuk pasal hak cipta?”

Kita meraikan hasil usaha orang lain. Setiap susunan ayat demi ayat adalah harta intelek kita.

Karya yang bagus mampu memberikan pulangan yang baik sama ada dalam bentuk royalti atau honorarium.

Bayangkan penulis itu bergantung hidup dengan royalti buku yang dia tulis, tiba-tiba ada tukang cetak rompak mencetak novelnya banyak-banyak dan jual sendiri.

Hasil jualan cetak rompak itu tidak memberikan pulangan royalti kepada penulis tersebut.

Siapa yang hendak menanggung anak isteri atau keluarga si penulis? Si pembeli buku cetak rompak

Itu baru kes cetak rompak buku printed.

Dalam era digital, berlaku kes orang scan keseluruhan buku dan beri free sahaja di internet.

Soalan berulang, siapa mahu menanggung makan minum setiap hari keluarga si penulis?

Kita masuk pula kes copy paste kemudian mengaku karya sendiri.

Ini satu lagi perangai tidak tahu malu.

“Saya copy paste artikel di facebook sahaja, efek sangat ke pada kewangan dia?”

Tahukah tuan, satu harta intelek boleh menjana lebih 20 jenis pendapatan kepada penulis tersebut.

Nampak berapa besar orang yang kita ciplak artikel itu kehilangan.

20 jenis pendapatan itu!

Belum kira dia menulis konsisten di facebook untuk membina tribe, mengumpul follower supaya nanti bolehlah dia berhenti kerja dan menyara anak bini dengan hasil konsultasi sahaja.

Konsultasi itu juga salah satu sumber pendapatan daripada 20 jenis tadi.

Sekarang kita yang ciplak artikel orang lain, mahu pula tumpang glemer.

Memang ada jenis ejen kewangan seperti takaful atau unit trust suka hati copy paste artikel orang lain dan letak di facebook sendiri macam dia yang tulis.

Itu tandanya kita tidak menghormati penat lelah si penulis.

Penulis bukan hanya dapat makan kerana tulisannya tetapi juga dengan sumber pendapatan lain yang datang secara langsung daripada artikel yang ditulis tadi.

Membuktikan karya itu milik kita

Walaupun hak cipta dapat secara automatik sebaik sahaja karya itu dizahirkan, tetapi ada benda kita perlu buat supaya senang nak buktikan itu karya kita.

Katakanlah nanti ada orang claim gambar itu milik dia atau karya itu milik dia.

Kalau dalam kes gambar mungkin senang sikit, tunjuk sahaja file asal beserta EXIF data dan simpan rekod perjalanan kita pergi ke sesuatu lokasi itu.

Kalau dalam kes tulisan teks, novel, dan buku, macam mana kita nak beritahu kitalah yang pertama tulis?

Jika anda tulis menggunakan Google Docs, boleh sahaja tunjukkan version history.

Maklumat masa dan tarikh dalam Google Docs susah nak tipu.

Jika tulis manuskrip, pos manuskrip yang sudah siap lengkap itu ke alamat sendiri. Jangan buka sampailah ada kes orang claim itu buku tulisan mereka.

Komen via Facebook



Klik Penaja Kami

Avatar

Azree Hanifiah

Azree Hanifiah merupakan seorang pengamal penerbitan digital. Beliau bertugas sebagai Chief Marketing Officer di Seroja Media, yang merupakan sebuah syarikat yang fokus kepada digital marketing.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed