Klik Penaja Kami
Baru-baru ini, saya diminta oleh seorang sahabat lama untuk memulihkan foto lama beliau yang telah rosak. Dengan kelapangan masa yang ada, saya berjaya memulihkan foto tersebut dalam masa lebih kurang 5 jam, menggunakan Adobe Photoshop.
FOTO: SEBELUM & SELEPAS
TIP: PHOTO-RESTORATION
Saya tak sempat nak merakam proses restoration. Jadi, saya kongsikan secara ringkas apa yang saya gunakan untuk memulihkan foto tersebut.
- Buang kawasan yang comot / rosak: Clone Stamp Tool & Patch Tool.
- Pulihkan kawasan yang “hilang”: Lukis semula – Brush Tool & Smudge Tool.
- Selection: Polygonal Lasso Tool
- Adjust tone warna pada kawasan yang baru dipulihkan: Dodge & Burn Tool.
- Buang warna kusam: Adjustment > Black & White.
Ya, bahagian muka dan tangan yang “hilang” terpaksa dilukis semula secara “imaginasi artis”.
Bolehlah mencuba. Jika ada kesempatan saya akan kongsikan tutorial penuh.
Jumpa lagi!
Tambah komen