#sifoodotcom

PicsArt, Pilihan Mudah untuk Design

Kursus di SIFOODOTCOM

PicsArt adalah salah satu perkara biasa bagi mereka yang mencari aplikasi suntingan foto dalam telefon bimbit. PicsArt tidak seperti aplikasi yang kami review, kerana ia hanya ada pada telefon sahaja. PicsArt dalam laman sesawang hanya menunjukkan gambar yang telah siap di sunting.

Anda diberi pilihan sama ada ingin melanggan aplikasi ini dengan cara:

  • berbayar (diberi keistimewaan seperti tiada iklan dan lain-lain)
  • atau, secara percuma

Pada paparan utama aplikasi ini anda akan dikongsikan dengan pelbagai keistimewaan yang diberi oleh PicsArt.

Anda boleh lihat juga pada bahagian bawah, terdapat lima ikon yang berbeza iaitu:

  1. Home (perkongsian contoh suntingan, challenge dan lain-lain)
  2. Discover (Contoh foto yang telah disunting)
  3. Start Editing (Tempat mula menyunting)
  4. Challenges (Cabaran menggunakan PicsArt mengikut tema)
  5. Profile

1. Home

  • Klik pada ikon Home
  • Terdapat ruang carian untuk pencarian yang lebih khusus
  • PicsArt akan tunjukkan mengenai beberapa tutorial contoh gambar untuk suntingan, challenges memngikut tema, dan sebagainya

2. Discover

Disini, anda boleh terus melihat hasil suntingan oleh pengguna PicsArt. Hasil yang ditunjukkan sangat memuaskan dan boleh dilihat mengikut kategori yang anda minati.

  • Klik pada gambar
  • Anda boleh komen dan like foto tersebut
  • Disertakan juga cadangan foto yang mempunyai tema yang sama

3. Challenges

Pada paparan ini anda boleh melihat bahawa PicsArt menyediakan cabaran mengikut tema yang diberi. Terdapat juga hadiah atau keistimewaan bagi pemenang antaranya diberi akses aplikasi secara bebas selama 3 bulan, paparan dalam galeri dan sebagainya.

4. Profile

Pada ruangan profil anda tiada yang istimewa, sama seperti ruangan dalam aplikasi yang lain. Anda boleh kongsikan instagram untuk tujuan bisnes atau perkongsian kepada peminat.

5. Start Editing

  • mempunyai pelbagai tools dan effects yang mudah digunakan
  • terdapat juga beberapa fungsi yang perlu dilanggan dahulu

Begitulah mudahnya menggunakan PicsArt ini, namun jika pengguna melanggan versi penuh banyak lagi manfaat sutingan foto yang boleh diperoleh.

Nyatakan komen dan pandangan anda dalam ruangan di bawah.

Komen via Facebook

Sifoo.com (Iylia)

Sifoo.com (Iylia)

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed