#sifoodotcom

Pilih Kamera Berdasarkan Saiz Sensor Kamera

Kursus di SIFOODOTCOM



Klik Penaja Kami


Klik Penaja Kami

Selepas kita mengenali jenis-jenis kamera yang ada di pasaran sekarang, satu perkara lagi yang anda perlu tahu sebelum memilih kamera tersebut adalah saiz sensor.

Pelbagai Saiz Sensor

Terdapat banyak saiz sensor. Ada juga ukuran mengikut jenama model tersendiri.

  • Full Frame
  • APS-H (Canon)
  • APS-C
  • Foveon (Sigma)
  • Four Third
  • CX Format (Nikon)
  • Small Sensors (smartphone & compact camera)

Full Frame

Full Frame CMOS sensor – Canon EOS-1D X Mark III

Full frame adalah saiz terbesar bagi kategori saiz sensor iaitu 36 mm x 24 mm. Ia juga dipanggil dengan 35 mm sensor. Segala saiz lain pada masa akan datang yang lebih besar dari saiz tersebut juga dikenali dengan Full Frame sensor.

Kebesaran saiz Full frame adalah dua kali ganda dari APS-C sensor. Sensor jenis ini boleh banyak didapati pada model kamera DSLR professional.



Klik Penaja Kami

Istimewanya saiz sensor yang besar ini, ia mampu untuk memberi kepuasan kepada pengguna untuk menangkap gambar yang sama saiz pada viewfinder.

Antara model yang mempunyai full frame:

  • Sony A7
  • Canon EOS 6D Mark II
  • Canon EOS RP
  • Nikon D750
  • Nikon Z 6

APS-H & APS-C

APS-C sensor – Canon EOS 850D

APS (active pixel sensor) adalah sensor paling popular sekali dan terdapat pada kebanyakkan model kamera interchangeable-lens dan high-quality fixed-lens.

APS-H (28.7 mm x 19 mm) adalah 1.3x crop factor iaitu sedikit kecil berbanding full frame tetapi lebih besar dari APS-C sensor. Sensor ini terdapat pada model Canon 1D Mark III dan Canon 1D Mark IV.



Klik Penaja Kami

APS-C (23.6 mm x 15.8 mm) lebih mudah didapati dengan harga kelas pertengahan. Saiz sensor ini juga banyak digunakan oleh Nikon, Canon, Sony, Pentax dan lain-lain. Namun tidak semua jenama mempunyai saiz yang sama akan tetapi pada nilai berhampiran.

Sebagai contoh:

  • Canon APS-C sensor diukur dengan 22.2 mm x 14.8 mm.
  • Sony, Pentax, Fujifilm, dan versi Nikon (DX) anggaran dari (23.5 mm x 15.6 mm) hingga (23.7 mm x 15.6 mm).
  • Ricoh GR (23.7mm x 15.7mm)
  • Canon EOS M (22.3mm by 14.9mm)

Walaupon mempunyai sedikit perbezaan ukuran namun ia masih digelar APS-C sensor.


Four Third

Four Third (17.3 mm x 13 mm) dibuat oleh syarikat Olympus dan Kodak. Bagi sensor jenis ini amat jarang sekali ditemui, ia berukuran 1/4 dari saiz Full Frame dan banyak digunakan pada kamera Olympus dan Panasonic.

Contoh model yang mempunyai Four Third adalah Olympus OM-D E-M1, Olympus Pen E-PL5, and the Panasonic Lumix GH1.

Olympus OM-D E-M1 – Four Third sensor

CX Format

CX (1 inci) sensor merupakan salah satu saiz yang amat jarang digunakan berbanding Four Third.

Ia diperkenalkan oleh Nikon bagi model Nikon 1 kemudian diikuti oleh Sony untuk model pocket-size Cyber-shot DSC-RX100 (13.2 mm x 8 mm).

CX sensor pada Nikon 1

Small Sensor

Sensor kecil ini mempunyai banyak ukuran dari pelbagai syarikat pembuat sensor. Kerana penggunaanya boleh didapati pada smartphone dan beberapa jenis model compact camera.

Sumber: techive

Sekiranya anda ingin membeli kamera baharu pastikan saiz apa yang diguna pakai oleh model tersebut supaya sesuai untuk penggunaan seharian.

Komen via Facebook



Klik Penaja Kami

Sifoo.com (Iylia)

Sifoo.com (Iylia)

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed