#sifoodotcom

Pilihan Setting Dokumen PDF Yang Mana Terbaik Untuk Pencetakan?

Klik Penaja Kami

Dengan munculnya banyak aplikasi grafik sekarang ini, pilihan dokumen PDF untuk dihantar kepada pencetak menjadi pilihan yang paling sesuai. Pencetak harus pandai mengendalikan PDF, tidak hanya meminta fail Adobe Illustrator (Ai) daripada pelanggan setiap kali.

Kerana sekarang, dokumen untuk cetakan boleh datang dari InDesign, Photoshop, Canva, Affinity Designer, PowerPoint dan banyak lagi aplikasi lain. Kalau dokumen asal dibuat dalam InDesign, takkanlah pencetak masih paksa klien hantar fail Ai?

PDF, Portable Document Format, adalah format fail yang diterima secara universal oleh kebanyakan pencetak. Sebuah dokumen PDF boleh diset untuk memiliki maklumat pencetakan yang diperlukan seperti color profile, embedded fonts dan imej, bagi melancarkan proses pencetakan.

Pencetak zaman sekarang ini kena belajar mengendalikan dokumen PDF melalui Adobe Acrobat Pro DC.

Pecahan Topik Dalam Artikel ini:

Adobe Acrobat Pro DC

Adobe Acrobat Pro DC mempunyai fungsi untuk Print Production seperti Output Preview, Preflight, Edit Object, Convert Colors, Flattener Preview, Save as PDF/X, Set Page Boxes, Add Printer Marks, Fix Hairlines, Ink Manager dan Trap Presets.

Nanti kami buat artikel khas panduan menggunakan Adobe Acrobat Pro DC pula.

Embedding Fonts Dalam Dokumen PDF

Setiap kali kita mencipta satu dokumen PDF, satu salinan bagi setiap font yang digunakan akan ditambah masuk ke dalam fail PDF tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan embedding fonts. Apabila dokumen PDF ini dibuka dalam mana-mana komputer yang lain, kesemua font akan dipaparkan seperti yang kita kehendaki. 



Klik Penaja Kami

Format dokumen lain seperti DOC atau DOCX, atau AI, tidak memiliki ciri embedding font ini. Jika dokumen tersebut dibuka oleh komputer lain yang tidak mempunyai font yang sama, ia akan digantikan dengan font lain. Paparan imej tidak akan mengikut kehendak asal kita.

Dalam Acrobat Pro DC, tekan Ctrl+D untuk memeriksa jenis-jenis font yang telah diembed.




Kelebihan Dokumen PDF

  1. Universal – kita boleh kawal banyak aspek bagi setiap dokumen seperti color mode setting, embedding fonts, file size compression.
  2. Version – jika kita hantar dokumen Photoshop, Illustrator atau InDesign, versi yang berbeza dengan penyedia cetakan akan menyebabkan dokumen tidak boleh dibuka. Dokumen PDF boleh dibuka dan dibaca walaupun pada versi yang berbeza.
  3. Embedding fonts – seperti yang diterangkan di atas. 
  4. Tidak seperti JPG – JPEG/JPG tidak mempunyai maklumat color formatting, seperti color mode dan color profile. Ini menyebabkan pencetak tidak tahu bagaimana hendak memproses maklumat warna dari dokumen tersebut. Dokumen PDF mempunyai maklumat warna, selain dari mampu untuk memproses warna menurut setting yang ditetapkan, pelarasan warna boleh dibuat sekiranya perlu.
  5. Saiz Dokumen Kecil – PDF boleh mengecilkan saiz dokumen tanpa mengurangkan kualiti resolution.
  6. Mudah Untuk Eksport ke PDF – kebanyakan software mempunyai ciri untuk eksport dokumen kepada PDF. Terdapat juga online converter yang boleh dicuba.

Memilih Preset PDF Yang Sesuai

Terdapat beberapa pilihan preset semasa hendak mencipta dokumen PDF dari Adobe Illustrator atau InDesign. Lihat senarai pilihan preset di bawah ini:

Sebenarnya, keterangan bagi setiap pilihan preset ada dipaparkan di ruangan description seperti yang ditunjukkan di bawah ini:

High Quality Print

Pilihan ini adalah sesuai untuk pencetakan berkualiti tinggi untuk pencetak desktop dan proofer (digital print). Dengan preset ini, kesemua imej warna dan grayscale di atas 300 PPI akan direndahkan kepada 300 PPI. 

Tiada perubahan color mode dibuat, bermakna imej RGB dan CMYK akan kekal seperti yang asal.

PDF/X

Pilih PDF/X jika pencetak anda tidak memberikan anda sebarang maklumat spesifikasi. PDF/X memboleh pencetak membuka dokumen anda dan mengurangkan risiko kesilapan proses cetakan. 

PDF/X-1a:2001

Pilihan ini merendahkan compatibility dengan Acrobat 5 kepada Acrobat 4. Kesemua warna (RGB dan CMYK) akan ditukarkan secara automatik kepada CMYK

Anda digalakkan untuk melakukan transparency flattening sendiri. 

PDF/X-1a:2002

Pilihan ini akan mengekalkan warna asal imej. RGB akan kekal RGB, tiada penukaran automatik kepada CMYK. Transparency akan diflattenkan untuk anda. 

PDF/X-1a:2008

Pilihan ini disetkan untuk compatible dengan Acrobat 7 yang lebih terkini. Transparency akan kekal tanpa diflatten.

Kelebihan paling ketara untuk pilihan ini ialah anda boleh mengekalkan kualiti kesemua imej yang beresolusi tinggi, tanpa ada penurunan compression. Dari segi warna, anda boleh menggunakan RGB, CMYK dan grayscale.

Press Quality

Pilihan ini adalah salah satu yang paling banyak digunakan untuk tujuan pencetakan. Preset ini membenarkan transparency dikekalkan tanpa flattening (live transparency). Adobe Acrobat mampu memproses live transparency dengan baik, dan mampu untuk menghasilkan separation yang memuaskan (offset printing).

Preset ini compatible dari Acrobat 5. 

Warna RGB akan ditukarkan kepada CMYK, dan kesemua imej yang mempunyai resolution tinggi akan direndahkan kepada 300 PPI.

Smallest File Size

Pilihan ini, seperti namanya, adalah sesuai sekiranya anda ingin mencipta fail PDF bersaiz kecil, biasanya untuk tujuan sharing di web atau emel. 

Kesemua imej akan direndahkan kepada 100 PPI.

Apa pendapat anda? Bagaimana aliran kerja pencetakan anda?

Belajar Adobe di UNI.SIFOO.COM:

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.
sdc.is/sifoodotcom




Klik Penaja Kami

Tambah komen


Klik Penaja Kami

Klik Penaja Kami




Klik Penaja Kami

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed