#sifoodotcom

Pixlr, Tiada Halangan Lagi Untuk Tak Sunting Foto Anda

Kursus di SIFOODOTCOM

Pernahkah anda dengar berkaitan aplikasi Pixlr ini?. Ramai yang mungkin tahu berkaitan aplikasi ini hanya pada peranti telefon bimbit sahaja. Kami menerima banyak permintaan supaya Pixlr ini dibuat review juga. Jom kita saksikan apa yang Pixlr boleh bantu anda dalam bidang grafik.

Pixlr Editor

Untuk makluman semua, Pixlr mempunyai banyak versi yang berbeza dengan setiap satu yang disediakan. Seperti kita tahu, Pixlr mempunyai dalam bentuk mobile app & website app. Bagi Pixlr dalam website app, Pixlr mempunyai 4 jenis versi iaitu Pixlr X, Pixlr Editor, Pixlr Pro & Pixlr Express. Manakala mobile app mempunyai dua versi iaitu Pixlr-Photo Editor & Pixlr-o-matic.

Untuk makluman semua, Pixlr adalah kepunyaan 123RF. Anda pasti pernah dengar nama ni kan?. Untuk mereka yang selalu mencari gambar berbayar, 123RF adalah salah satu darinya seperti shutterstock. Selain dari Pixlr, 123RF juga memiliki Thehungryjpeg dan juga Vectr.

Pixlr dalam Telefon Pintar

1. Pixlr – Free Photo Editor

Kita mulakan dengan aplikasi ini dalam telefon pintar dahulu. Pixlr dalam telefon pintar sangat mudah digunakan. Hal ini kerana ia tidak melibatkan tools yang susah untuk digunakan.

Apabila anda masuk ke paparan utama, Pixlr akan menunjukkan 4 ikon untuk mula suntingan gambar anda iaitu camera, photos, collage & templates.

Pada pilihan camera dan photos, anda perlu mengambil atau memilih gambar yang dikehendaki dahulu. Manakala untuk pilihan collage dan templates pula anda diminta untuk memilih jenis collage atau templates yang anda suka. Kemudian, Pixlr akan bawa ke paparan suntingan.

Terdapat 5 ikon dibawah untuk tujuan suntingan iaitu tools, brushes, effects, borders & text.

2. Pixlr-o-matic

Tidak banyak yang ingin dikongsi untuk Pixlr-o-matic, kerana penggunaan aplikasi ini sangat mudah dan tidak perlu suntingan yang lebih lanjut.

Pixlr dalam Website

Pixlr dalam website sangat berbeza dengan apa yang disediakan dengan aplikasi dalam telefon pintar. Seperti yang disebut pada awal pengenalan tadi, Pixlr website mempunyai 4 versi. Kami akan mulakan dengan Pixlr Editor.

Paparan utama

1. Pixlr Editor

Apabila anda menekan Pixlr Editor, Pixlr akan cadangkan kepada anda untuk guna Pixlr X. Perbezaan antara kedua ini adalah Pixlr Editor memerlukan tambahan flash player manakala Pixlr X boleh diakses terus.

Dimaklumkan bahawa flash player selepas ini tidak dapat disokong oleh Chrome pada Disember 2020. Tetapi ia tidak jadi masalah kerana kita masih mempunyai Pixlr X yang mudah digunakan.

Paparan utama Pixlr Editor

Penggunaan Pixlr Editor sangat mudah kerana ia menyediakan tools bar, workplace dan panels bar yang senang untuk diakses. Cuma bagi mereka yang zero pengetahuan mengenai tools suntingan, perlu belajar dahulu fungsi tools tersebut. Tools yang disediakan juga tidak banyak, jadi tidak menjadi masalah untuk memahami dahulu fungsi setiap satu dalam masa yang singkat.

2. Pixlr X

Pixlr X sedikit berlainan dengan Pixlr Editor. Jika dilihat Pixlr Editor ada mirip software Adobe Photoshop sedikit, manakala Pixlr X ini menyediakan feature yang ringkas.

Pixlr X hanya menyediakan ruang tools dan panel bar yang tidak rumit untuk difahami kegunaan kedua ini.

3. Pixlr Pro

Pixlr Pro mempunyai dua pilihan, sama ada ingin menggunakan template atau ingin membuat suntingan pada gambar asal.

“Launch Editor” adalah lanjutan bagi Pixlr Editor di mana kita boleh lihat ia masih lagi menyediakan tolls bar, workplace dan panels bar. Manakala “Browse Templates” seperti Canva, kita boleh guna template yang disediakan untuk menghasilkan flyers, brochure dan sebagainya.

Launch Editor
Browse Templates

4. Pixlr Express

Pixlr Express seperti aplikasi Pixlr yang disediakan dalam telefon pintar. Ia juga memerlukan flash player untuk mengakses tapak ini.

Jika dilihat paparan suntingan, terdapat 6 ikon dengan pelbagai pilihan dan fungsi yang disediakan dalam Pixlr Express ini antaranya adalah Adjustment, Effect, Overlay, Borders, Stickers & Type.

Setelah membezakan antara Pixlr Express dengan Pixlr Editor (mobile apps). Pixlr Express menghasilkan suntingan yang lebih cantik dan menarik.

Pixlr ini sangat menarik penggunaanya serta mempunyai banyak kelebihan yang disediakan secara percuma. Bagi mereka yang ingin bermula dalam design dan tidak mempunyai modal yang banyak untuk mempunyai software seperti Adobe Photoshop. Anda disarankan unutk guna Pixlr Pro kerana ia menghasilkan design dan fungsi yang lebih kurang sama.

Sekian review kali ni, anda boleh nyatakan pandangan dan komen mengenai aplikasi ini di ruangan dibawah.

Komen via Facebook

Sifoo.com (Iylia)

Sifoo.com (Iylia)

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed