#sifoodotcom

Poster Petak Lego

Terinspirasi daripada Poster Lego yang memaparkan karya painting terkenalseorang rakan di Facebook Group Sifoo.com, Shah Rin (throbber200) telah ‘share’kan link tersebut dari Pinterest. Saya telah mengajak rakan lain untuk mencuba teknik poster lego tersebut dan kongsikan hasil mereka di facebook. Untuk memudahkan orang lain untuk mencuba teknik poster petak lego ini, cubalah tutorial berikut.

Poster Petak Lego (Sumber: Pinterest)

monalisa van_gogh tatau

Hasil Tutorial Teknik Petak Lego

manny_pac streetart_png01

Bahan Yang Diperlukan

  • Petak Lego
  • Logo Lego

Download Bahan: LegoPosterArt.zip

Langkah 1:

  • Download fail bahan.
  • Unzip fail tersebut.
  • Dalam fail zip tersebut terdapat 3 fail grafik iaitu:
    • Petak Lego bersaiz 45 pixel.
    • Petak Lego bersaiz 90 pixel.
    • Logo Lego (Merah).

Langkah 2:

lego_poster01

  • Buat satu fail baru (Ctrl + N).
  • Setkan saiz seperti berikut:
    • Width: 1350 px
    • Height: 1800 px
    • Resolution: 72 ppi
  • Klik OK.

Langkah 3:

lego_poster02

  • Buka fail lego_45px.png (Ctrl + O).
  • Kemudian, klik menu Edit > Define Pattern.
  • Berikan nama untuk pattern ini: Lego 45px.
  • Klik Ok.
  • Tutup fail lego_45px.png.

Langkah 4:

lego_poster03

  • Kembali ke fail yang awal tadi.
  • Cari satu gambar yang dirasakan sesuai untuk dijadikan poster.
  • Saya memilih gambar Hulk.
  • Placekan gambar tersebut ke dalam fail dan resize mengikut citarasa.

Langkah 5:

lego_poster04

  • Seterusnya, klik menu Filter > Pixelate > Mosaic.
  • Setkan saiz mosaic mengikut saiz petak lego iaitu 45 pixel (jika anda memilih untuk menggunakan fail lego_90px, setkan 90 pixel).
  • Klik OK.

Langkah 6:

lego_poster05

  • Seterusnya, klik ikon add new fill or adjustment layer di bahagian bawah panel layer.
  • Pilih Fill Pattern.
  • Klik OK.

Langkah 7:

lego_poster06

  • Tukarkan layer blending mode layer pattern daripada Normal kepada Hard Light.
  • Turunkan juga nilai opacity layer ini kepada 70%.
  • Setakat sekarang, hasil poster teknik petak lego sudah hampir siap.

Langkah 8:

lego_poster07

  • Langkah terakhir ialah memasukkan logo Lego yang berwarna merah.
  • Klik menu File > Place.
  • Browse dan pilih fail logo_lego.png.
  • Susun dan resize logo tersebut mengikut petak-petak lego yang sebelum ini.
  • Tekan Enter untuk selesaikan place & transform.
  • Siap!

Hasil:

Poster-Petak-Lego

Selamat mencuba!

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed