#sifoodotcom

Prinsip Asas Layout & Composition

Kursus di SIFOODOTCOM
Artikel ini ditulis berpandukan daripada video ini

Kunci untuk mahirkan diri dengan layout dan composition ialah dengan berfikir seperti designer.

Think Like A Designer

Terdapat lima prinsip asas yang dapat membantu meningkatkan gaya kerja dan menajamkan mata anda menganalisa sesuatu design. Simpan dalam fikiran untuk projek anda yang seterusnya dan cari jalan untuk menggunakan dalam kerja grafik anda.

Proximity

Proximity adalah berkenaan penggunaan ruang visual untuk menunjukkan hubung-kait antara kandungan. Dalam praktis, ia tak susah untuk digunakan-apa yang anda perlu lakukan ialah memastikan item yang terkait disusun bersama (grouped together). Lihat contoh di bawah:

Kumpulan item yang tidak terkait sepatutnya dijarakkan antara satu sama lain untuk menampakkan pemisahan ketara secara visual yang menunjukkan perbezaan kaitan antara topik atau kandungan. Secara ringkasnya, ini akan menjadikan hasil kerja anda mudah difahami dengan sekilas pandang oleh audiens anda – samada sepenuhnya teks atau kombinasi elemen visual yang lain.

White Space

White space adalah penting dalam setiap composition. Bukanlah bermaksud white space adalah semata-mata ruang kosong, ia adalah negative space, seperti jarak di antara kandungan, antara garisan, dan di luar margin.

Tiada satu cara yang spesifik untuk menggunakan white space secara betul, tetapi adalah lebih baik kita faham matlamat dan tujuannya. White space membantu menentukan dan memisahkan seksyen yang berbeza; ia memberi kandungan anda ruang untuk “bernafas” (ruang lega). 

Jika hasil kerja anda kelihatan bersepah, sendat, atau kurang selesa, “doktor” mungkin nasihatkan untuk gunakan “ubat” white space. Pasti lega. 😉

Alignment

Alignment adalah sesuatu yang selalu sangat dibuat tanpa disedari. Apabila anda menaip emel atau menaip dalam dokumen, teks telah dialign secara automatik. 

Apabila membuat alignment sendiri (bukan automatik), mendapatkan hasil yang betul agak sulit. Kunci utamanya adalah konsistensi.

Membayangkan semua kandungan disusun dalam garisan grid boleh membantu anda. Lihat contoh di bawah. Perhatikan terdapat garisan bayangan yang membahagikan setiap imej di tengah-tengah teks. Setiap kumpulan juga disusun sama jarak antara setiap kumpulan, dengan saiz margin yang juga sama. Konsisten!

Kepekaan terhadap perincian (detail) yang akan menjadikan composition anda mudah difahami. Tanpa alignment, hasil kerja anda akan kelihatan tak terurus.

Contrast

Contrast bermaksud satu item adalah berbeza dengan item yang lain. Dalam layout dan composition, contrast membantu dari dari banyak sudut, seperti memikat mata audiens, mencipta penekanan, atau menarik perhatian kepada sesuatu yang penting.

Untuk menghasilkan contrast seperti contoh di bawah, warna lain digunakan, gaya teks yang berbeza dan objek yang berbeza saiz. Ini menjadikan hasil kerja anda lebih dinamik, dan seterusnya menjadikan hasil kerja anda lebih efektif dalam menyampaikan mesej.

Hierarchy

Hierarchy berkait rapat dengan contrast, di mana ia adalah teknik komposisi yang akan membantu audiens membaca informasi dalam hasil kerja anda secara terarah. Dalam erti kata lain, ia menunjukkan kepada audiens mana nak mula dan mana nak pergi seterusnya dengan menggunakan perbezaan tahap penekanan.

Tak sukar untuk menetapkan hierarchy: Tentukan elemen mana yang anda ingin audiens anda lihat dahulu, jadikan elemen tersebut timbulketara. Elemen tahap tinggi atau item yang penting biasanya besar, tebal, atau lebih memikat mata audiens.

Repetition

Repetition adalah peringatan bahawa setiap projek harus mempunyai rupa visual yang konsisten. Ini bermaksud anda harus mencari jalan supaya beberapa elemen terpilih diulang atau digemakan (repeat or echo).

Sebagai contoh, jika anda mempunyai palet warna yang spesifik, cuba kekalkan konsistensinya ke seluruh hasil kerja anda. Jika anda memilih gaya header tertentu, gunakan setiap kali.

Semua ini bukan hanya untuk kosmetik-mengekalkan konsistensi boleh menjadikan hasil kerja anda mudah untuk dibaca dan difahami. Apabila audiens boleh tahu atau boleh jangka gaya dan susunan design, mereka akan bertenang dan lebih fokus kepada kandungan.

Menggabungkan Kesemuanya

Anda mungkin terlepas pandang aspek layout dan composition tetapi ia adalah hero yang tak didendang, ia adalah sebahagian dari apa yang anda sedang kerjakan.

Semua prinsip yang dikongsikan ini akan membantu meningkatkan nilai projek anda yang seterusnya. Apa yang perlu anda lakukan ialah beri perhatian kepada perincian dan anda akan hasilkan komposisi layout yang bukan sahaja cantik malah kelihatan sangat profesional.

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed