#sifoodotcom

[Ps] Efek Light Leaks: Kaedah I

Tutorial kali ini akan menerangkan satu kaedah untuk menghasilkan efek ‘light leaks’.

Komen via Facebook

Kursus di SIFOODOTCOM

Langkahnya ringkas sahaja dan tidak susah. Hanya menggunakan beberapa kombinasi adjustment layer dengan setting blending mode.

FOTO ASAL:

Photoshop Tutorial: Light Leaks | Sifoo.com

 

 

LANGKAH 1:

Photoshop Tutorial: Light Leaks | Sifoo.com

  • Buka satu gambar pilihan di dalam Photoshop.
  • Applykan Adjustment Layer > Curves. Klik pada ikon add new fill / adjustment layer di bahagian bawah panel layer dan pilih Curves.
  • Setkan lebih kurang seperti paparan imej di atas.

 

LANGKAH 2:

Photoshop Tutorial: Light Leaks | Sifoo.com

  • Klik pada layer background.
  • Setkan warna foreground kepada warna merah.

 

LANGKAH 3:

Photoshop Tutorial: Light Leaks | Sifoo.com

  • Klik pada ikon add new fill / adjustment layer di bahagian bawah panel layer dan pilih Gradient
  • Kaedah ini tidak menggunakan Gradient Tool..
  • Apabila panel adjustment dibuka, setkan sudut dan taburan gradient supaya bersesuaian dengan gambar. Lihat paparan di atas.
  • Semasa panel setting gradient fill sedang aktif, kursor boleh didrag di atas gambar untuk mengubah taburan gradient.
  • Klik OK.

LANGKAH 4:

Photoshop Tutorial: Light Leaks | Sifoo.com

  • Kemudian, tukarkan layer blending mode daripada Normal kepada Screen.

 

LANGKAH 5:

Photoshop Tutorial: Light Leaks | Sifoo.com

  • Duplicate layer Gradient Fill 1
  • Setkan warna kuning pada foreground (sama seperti langkah 2).
  • Double-click pada layer thumbnail Gradient Fill copy tadi. Lihat paparan di atas.

 

LANGKAH 6:

Photoshop Tutorial: Light Leaks | Sifoo.com

  • Semasa Gradient Fill window dibuka (seperti di atas). Tukarkan Gradient kepada Foreground to Transparent untuk mendapatkan gradient warna kuning.
  • Kemudian, tukarkan pula gradient Style kepada Radial.
  • Jangan klik OK dahulu. Sambung ke langkah seterusnya.

 

LANGKAH 7:

Photoshop Tutorial: Light Leaks | Sifoo.comt

  • Seperti di langkah 3, klik dan dragkan kursor di atas gambar untuk memindahkan kedudukan radial gradient kuning ke tempat yang sesuai.

 

HASIL:

Photoshop Tutorial: Light Leaks | Sifoo.com

  • Ulang langkah 5 sehingga langkah 7 sekiranya anda ingin menambah kesan warna lain ke atas gambar.
  • Untuk contoh di atas saya tambahkan satu lagi Gradient Fill dengan warna biru dan letakkan di sebelah kiri gambar. Lihat imej di atas.
  • Itu sahaja. Siap!

 

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

3 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed