#sifoodotcom

[Ps] Efek Light Leaks: Kaedah II

Tutorial ini adalah tambahan kepada tutorial Light Leaks: Kaedah I sebelum ini.

Komen via Facebook

Kursus di SIFOODOTCOM

Tutorial ini menunjukkan kaedah alternatif untuk menghasilkan efek light leaks kepada sesuatu gambar. Mungkin kaedah ini lebih mudah untuk sesiapa yang kurang mahir dengan penggunaan New Fill Gradient.

FOTO ASAL:

Photoshop Tutorial: Light Leaks | Sifoo.com

 

PERSIAPAN:

  • Kaedah ini sebenarnya menggunakan blending imej light leaks ke atas gambar pilihan kita.
  • Jadi, kita perlu mencari imej light leaks terlebih dahulu. Mana nak cari? Tak lain tak bukan kita google!
  • Gunakan keyword ‘light leaks’ di google images, pilih dan save mana-mana light leaks yang dirasakan sesuai dan cantik. Simpan untuk stok pun boleh untuk kegunaan akan datang.
  • Empat contoh light leaks yang saya download untuk digunakan. Lihat di atas.

 

LANGKAH 1:

Photoshop Tutorial: Light Leaks | Sifoo.com

  • Buka satu gambar pilihan di dalam Photoshop.
  • Applykan Adjustment Layer > Curves. Klik pada ikon add new fill / adjustment layer di bahagian bawah panel layer dan pilih Curves.
  • Setkan lebih kurang seperti paparan imej di atas.

 

LANGKAH 2:

Photoshop Tutorial: Light Leaks | Sifoo.comt

  • Klik menu File > Place
  • Pilih fail imej light leaks yang telah didownload sebelum ini.

 

LANGKAH 3:

Photoshop Tutorial: Light Leaks | Sifoo.comt

  • Kemudian, terus ubah saiz imej yang diplace tadi sehingga melitupi keseluruhan gambar.
  • Tekan Enter untuk menyelesaikan proses transform.

 

LANGKAH 4:

Photoshop Tutorial: Light Leaks | Sifoo.comt

  • Kemudian, tukarkan layer blending mode daripada Normal kepada Screen.
  • Itu sahajalah! Mudah bukan?

 

HASIL-HASIL LAIN:

  • Selamat mencuba teknik yang mudah ini!
  • Jumpa lagi di tutorial akan datang.

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed