#sifoodotcom

[Ps] Faux Double Exposure

Kursus di SIFOODOTCOM

Terinspirasi dengan pos hasil eksperimentasi seorang Sifoorian di Facebook Group Sifoo.com dan juga Christoffer Relander, saya telah mencuba stail yang dipanggil sebagai Faux Double Exposure dan ingin berkongsi kaedahnya dengan anda semua.

DOUBLE EXPOSURE ATAU MULTIPLE EXPOSURE

Double Exposure atau Multiple Exposure adalah kesan dedahan filem berlapis di zaman penggunaan filem dahulu. Kamera sekarang ada juga yang mempunyai fungsi multiple exposure. Tutorial ini akan cuba mengambil inspirasi daripada teknik tersebut dan diolah menjadi hasil yang menarik. Mari kita cuba.

HASIL TUTORIAL FAUX DOUBLE EXPOSURE

Faux Double Exposure | Sifoo.com

APA YANG DIPERLUKAN?

  • Imej foto dengan subjek utama yang menarik. Contohnya, portrait seseorang.
  • Imej yang akan digabungkan di dalam subjek utama
  • Pengetahuan tentang layer mask.
  • Pengetahuan tentang penggunaan brush tool.

CONTOH IMEJ YANG DIGUNAKAN

LANGKAH 1:

Faux Double Exposure | Sifoo.com

  • Buka satu fail baru. Tekan Ctrl + N. Setkan satu saiz yang sesuai (Contoh: 1500 x 1000 pixel).
  • Kemudian, masukkan gambar subjek utama ke dalam fail baru tadi. Klik menu File > Place. Tekan Enter bila gambar dah masuk.
  • Selepas itu, dengan menggunakan Quick Selection Tool (atau mana-mana selection tool yang anda selesa), buat selection mengikut bentuk subjek.

LANGKAH 2:

Faux Double Exposure | Sifoo.com

  • Kemudian, tekan ikon add layer mask di bahagian bawah panel layer.
  • Hasilnya, imej subjek utama tersebut akan terpotong. Lihat imej di atas.

LANGKAH 3:

Faux Double Exposure | Sifoo.com

  • Sekarang, tukarkan imej tersebut kepada hitam dan putih. 
  • Klik pada ikon add adjustment layer di bahagian bawah panel layer, pilih Black & White.
  • Kemudian, tekan Ctrl + Alt + Shift + E untuk mergekan layer tadi.

LANGKAH 4:

Faux Double Exposure | Sifoo.com

  • Placekan pula imej nature ke dalam fail ini. Klik menu File > Place dan pilih imej nature. Tekan Enter bila gambar dah masuk.
  • Disebabkan kita masukkan imej ini menggunakan place, layer ini adalah dalam format Smart Object. Untuk menjadikan imej ini kepada warna hitam putih, kita perlu edit smart object.
  • Caranya, double-click pada thumbnail layer. Lihat imej di atas.
  • Tab window baru akan terbuka. Hanya imej nature sahaja akan kelihatan.

LANGKAH 5:

Faux Double Exposure | Sifoo.com

  • Klik menu Image > Adjustment > Desaturate.
  • Tutup window ini dan save.
  • Kita akan kembali kepada fail yang awal tadi. Dan imej nature telah menjadi hitam putih di dalam layer.

LANGKAH 6:

Faux Double Exposure | Sifoo.com

  • Hidekan layer imej nature untuk seketika.
  • Kemudian, klik pada menu Select > Color Range. Window Color Range akan muncul.
  • Dengan menggunakan kursor, klik pada bahagian hitam di atas imej di layer. Lihat paparan imej di atas.
  • Laraskan nilai Fuzziness sehingga mendapat kontras hitam putih yang diingini.
  • Tekan OK dan anda akan dapati satu selection terhasil di atas layer.

LANGKAH 7:

Faux Double Exposure | Sifoo.com

  • Show semula layer imej nature. Pastikan layer ini adalah aktif.
  • Klik pada ikon add layer mask dan lihat hasil seperti di paparan di atas.

JIKA PERLU (ADJUST MASK):

Faux Double Exposure | Sifoo.com

 

  • Jika selepas add layer mask tadi, imej nature tidak masuk dalam ruang mask dengan elok. Anda masih boleh mengubahnya.
  • Caranya, buka ikon link di antara thumbnail layer dengan thumbnail mask.
  • Kemudian, klik thumbnail layer dan dengan menggunakan Move Tool, ubah kedudukan imej nature mengikut kehendak anda.
  • Bila selesai, linkkan semula layer dan mask.

LANGKAH 8:

Faux Double Exposure | Sifoo.com

  • Buat satu layer baru. Setkan layer blending mode daripada Normal kepada Overlay.
  • Pilih Brush Tool. Setkan saiz brush paling kecil: 1px.
  • Setkan warna putih.
  • Kemudian, secara rawak, lukiskan garisan-garisan seperti calar di atas layer baru ini.
  • Lihat paparan di atas.

LANGKAH 9:

Faux Double Exposure | Sifoo.com

  • Untuk menampakkan kesan “terpadam” di bahagian bawah imej hasil, kita akan gunakan Brush Tool sekali lagi. Sila lihat imej hasil tutorial ini.
  • Kali ini pilih jenis Scattered Brush. Lihat paparan di atas.

LANGKAH 10:

Faux Double Exposure | Sifoo.com

  • Select layer imej subjek orang
  • Hide layer imej nature seketika.
  • Add layer mask.
  • Sapukan brush dengan warna hitam di atas layer mask tersebut. Lihat hasil seperti di atas.

LANGKAH 11:

Faux Double Exposure | Sifoo.com

  • Show semula layer dengan imej nature.
  • Ulang langkah 10 dan dapatkan hasil seperti di atas.

HASIL:

Faux Double Exposure | Sifoo.com

 

  • Akhir sekali, tambahkan layer solid color untuk jadikan latarbelakang.
  • Dengan kreativiti, tambah apa-apa efek yang diingini. Hias!

HASIL TAMBAHAN:

Faux Double Exposure | Sifoo.com

 

Selamat mencuba!

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

2 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed