#sifoodotcom

[Ps] Filter Blur Tilt-Shift

Di dalam Photoshop CS6 dan CC terdapat satu filter blur yang baru iaitu Blur > Tilt-Shift.

Komen via Facebook

Kursus di SIFOODOTCOM

Saya pernah kongsikan teknik menghasilkan efek tilt-shift menggunakan gabungan teknik mask dan lens blur. Kini, efek tilt-shift lebih mudah dihasilkan dengan filter terbaru. Mari kita lihat cara penggunaan filter ini.

 

IMEJ ASAL:

Filter Tilt-Shift Sifoo.com

 

APA YANG DIPERLUKAN:

  • Gambar yang sesuai – yang paling baik ialah gambar yang diambil dari sudut atas (seperti memandang ke bawah). 
  • Photoshop versi CS6 atau CC.

LANGKAH 1:

Filter Blur Tilt-Shift Sifoo.com

  • Buka gambar pilihan di dalam Photoshop.
  • Buka panel Layer dan lihat layer Background.
  • Klik kanan di atas layer Background dan pilih Convert to Smart Object.

LANGKAH 2:

Filter Blur Tilt-Shift Sifoo.com

  • Klik pada menu Filter > Blur > Tilt Shift.

LANGKAH 3:

Filter Blur Tilt-Shift Sifoo.com

  • Setkan setting tilt-shift mengikut kesesuaian foto atau mengikut citarasa anda.
  • Klik OK apabila berpuas hati.

EDIT SEMULA JIKA PERLU:

Filter Blur Tilt -Shift Sifoo.com

  • Jika selepas filter telah diapply kepada layer anda membuat keputusan untuk mengubah semula setting Filter Blur Tilt-Shift, anda hanya perlu melakukan double-click pada nama efek Blur Gallery di layer smart object tadi. 
  • Ubah setting blur dan klik OK sekali lagi.
  • Proses ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

LANGKAH 4:

Filter Blur Tilt -Shift Sifoo.com

  • Biasanya efek tilt-shift (atau efek miniature) mempunyai kesan warna yang agak saturate (pekat dan terang). Jadi, kita boleh menambah adjustment layer Brightness/Contrast dan Vibrance.

HASIL:

Filter Tilt-Shift Sifoo.com

  • Ini adalah hasil efek Blur Tilt-Shift.

Selamat mencuba!

 

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed