#sifoodotcom

[Ps] Menggabungkan Layer Mask dan Clipping Mask

Tutorial kali ini saya akan tunjukkan kombinasi penggunaan layer mask dan clipping mask kepada satu layer.

Komen via Facebook

Kursus di SIFOODOTCOM



Klik Penaja Kami


Klik Penaja Kami

LANGKAH 1:

Tutorial Photoshop - Layer Mask + Clipping Mask | Sifoo.com

  • Buka satu fail baru. Klik menu File > New atau tekan Ctrl + N
  • Set saiz canvas yang sesuai. Untuk contoh ini, saya gunakan saiz A4.
  • Kemudian, masukkan satu gambar pilihan ke dalam canvas kosong tadi. Klik menu File > Place. Tekan Enter untuk selesaikan proses Place tadi.
  • Dengan menggunakan Quick Selection Tool, select subjek di dalam gambar tadi.

LANGKAH 2:

Tutorial Photoshop - Layer Mask + Clipping Mask | Sifoo.com

  • Setelah selesai membuat selection, klik pada button Refine Edge untuk memperkemaskan selection.
  • Setkan seperti yang dipaparkan di atas (mengikut keperluan).
  • Yang penting setkan pada Smooth dan Contrast.
  • Klik OK.

LANGKAH 3:

Tutorial Photoshop - Layer Mask + Clipping Mask | Sifoo.com



Klik Penaja Kami

  • Kemudian, klik ikon add layer mask di bahagian bawah panel layer.
  • Satu kotak mask akan muncul di layer gambar tadi. Lihat imej di atas.

 

LANGKAH 4:

Tutorial Photoshop - Layer Mask + Clipping Mask | Sifoo.com

 



Klik Penaja Kami

  • Sekarang, klik pula pada ikon add layer style untuk menambah efek Drop Shadow pada layer gambar tadi.
  • Lihat setting seperti di atas. Opacity: 50%. Distance: 60px dan Size: 50px.

 

LANGKAH 5:

Tutorial Photoshop - Layer Mask + Clipping Mask | Sifoo.com

  • Selepas itu, masukkan satu lagi imej untuk dijadikan latarbelakang kepada subjek gambar tadi,
  • Klik menu File > Place dan pilih imej yang sesuai untuk dijadikan latarbelakang. Tekan Enter bila selesai.
  • Susunkan layer supaya layer imej ini berada di bawah layer gambar orang tadi.

LANGKAH 6:

Tutorial Photoshop - Layer Mask + Clipping Mask | Sifoo.com

  • Kemudian, masukkan satu lagi imej. Gunakan menu File > Place. Sama seperti sebelum ini.
  • Duplicate layer imej ini.
  • Susunkan layer dua imej ini di antara layer subjek orang. Lihat paparan imej di atas.

 

LANGKAH 7:

Tutorial Photoshop - Layer Mask + Clipping Mask | Sifoo.com

 

  • Hidekan layer imej yang paling atas.
  • Kemudian, select layer imej yang di bawah. Lihat paparan di atas.
  • Tukarkan blending mode layer ini daripada Normal kepada Overlay.

 

LANGKAH 8:

Tutorial Photoshop - Layer Mask + Clipping Mask | Sifoo.com

 

  • Sekarang, select dan showkan semula layer imej yang paling atas.
  • Klik kanan di atas layer ini dan pilih Create Clipping Mask.

 

LANGKAH 9:

Tutorial Photoshop - Layer Mask + Clipping Mask | Sifoo.com

 

  • Seterusnya, klik pada ikon add layer mask.
  • Satu kotak mask akan muncul di layer imej yang paling atas. Lihat paparan di atas.

 

LANGKAH 10:

Tutorial Photoshop - Layer Mask + Clipping Mask | Sifoo.com

  • Kemudian, pilih Brush Tool.
  • Pilih brush seperti yang dipaparkan di atas (atau mengikut kesukaan masing-masing).
  • Setkan opacity brush yang rendah, contohnya 20%.
  • Setkan foreground kepada warna hitam.

 

LANGKAH 11:

Tutorial Photoshop - Layer Mask + Clipping Mask | Sifoo.com

 

  • Sapukan brush ke atas bahagian subjek orang. Sapukan berulang-ulang kali secara bertindih.
  • Perlahan-lahan imej yang di atas tadi akan hilang sedikit-sedikit.
  • Sapu sehingga berpuas hati dengan gabungan imej yang anda ingini.

 

HASIL:

Tutorial Photoshop - Layer Mask + Clipping Mask | Sifoo.com

Komen via Facebook



Klik Penaja Kami

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

1 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed