LANGKAH 1:
- Buka satu fail baru. Klik menu File > New atau tekan Ctrl + N.
- Set saiz canvas yang sesuai. Untuk contoh ini, saya gunakan saiz A4.
- Kemudian, masukkan satu gambar pilihan ke dalam canvas kosong tadi. Klik menu File > Place. Tekan Enter untuk selesaikan proses Place tadi.
- Dengan menggunakan Quick Selection Tool, select subjek di dalam gambar tadi.
LANGKAH 2:
- Setelah selesai membuat selection, klik pada button Refine Edge untuk memperkemaskan selection.
- Setkan seperti yang dipaparkan di atas (mengikut keperluan).
- Yang penting setkan pada Smooth dan Contrast.
- Klik OK.
LANGKAH 3:
- Kemudian, klik ikon add layer mask di bahagian bawah panel layer.
- Satu kotak mask akan muncul di layer gambar tadi. Lihat imej di atas.
LANGKAH 4:
- Sekarang, klik pula pada ikon add layer style untuk menambah efek Drop Shadow pada layer gambar tadi.
- Lihat setting seperti di atas. Opacity: 50%. Distance: 60px dan Size: 50px.
LANGKAH 5:
- Selepas itu, masukkan satu lagi imej untuk dijadikan latarbelakang kepada subjek gambar tadi,
- Klik menu File > Place dan pilih imej yang sesuai untuk dijadikan latarbelakang. Tekan Enter bila selesai.
- Susunkan layer supaya layer imej ini berada di bawah layer gambar orang tadi.
LANGKAH 6:
- Kemudian, masukkan satu lagi imej. Gunakan menu File > Place. Sama seperti sebelum ini.
- Duplicate layer imej ini.
- Susunkan layer dua imej ini di antara layer subjek orang. Lihat paparan imej di atas.
LANGKAH 7:
- Hidekan layer imej yang paling atas.
- Kemudian, select layer imej yang di bawah. Lihat paparan di atas.
- Tukarkan blending mode layer ini daripada Normal kepada Overlay.
LANGKAH 8:
- Sekarang, select dan showkan semula layer imej yang paling atas.
- Klik kanan di atas layer ini dan pilih Create Clipping Mask.
LANGKAH 9:
- Seterusnya, klik pada ikon add layer mask.
- Satu kotak mask akan muncul di layer imej yang paling atas. Lihat paparan di atas.
LANGKAH 10:
- Kemudian, pilih Brush Tool.
- Pilih brush seperti yang dipaparkan di atas (atau mengikut kesukaan masing-masing).
- Setkan opacity brush yang rendah, contohnya 20%.
- Setkan foreground kepada warna hitam.
LANGKAH 11:
- Sapukan brush ke atas bahagian subjek orang. Sapukan berulang-ulang kali secara bertindih.
- Perlahan-lahan imej yang di atas tadi akan hilang sedikit-sedikit.
- Sapu sehingga berpuas hati dengan gabungan imej yang anda ingini.
syukran akhi..semoga ilmu bermanfaat ini dpt membantu generasi2 selepas ini utk menggunakan software photoshop….tq bro,semangat nak explore photoshop ni…hehe