Klik Penaja Kami
Saya sendiri gemar menggunakan Gradient Map untuk menghasilkan foto hitam putih. Ok, mari kita lihat cara mendapatkan photographic toning dalam Gradient Map.
LANGKAH 1:
- Buka satu foto pilihan.
- Kemudian, klik pada ikon add new adjustment layer di bahagian bawah panel layer dan pilih Gradient Map.
LANGKAH 2:
- Panel adjustment untuk gradient map akan aktif.
- Lihat anak panah merah di paparan imej di atas. Klik untuk melihat senarai gradient.
- Anda boleh cuba gradient-gradient tersebut dan lihat kesannya pada foto.
LANGKAH 3:
- Untuk mendapatkan senarai gradient untuk Photographic Toning. Klik pada ikon kecil di panel. Lihat paparan di atas.
- Daripada senarai yang muncul, pilih Photographic Toning.
- Pilih Append.
LANGKAH 4:
- Anda akan melihat senarai gradient yang baru di dalam panel gradient map.
- Sila pilih dan cuba gradient-gradient tersebut untuk mendapatkan tone bagi foto anda.
Simple. Itu sahaja. Selamat mencuba!
Tambah komen