#sifoodotcom

[Ps] Reka Layout Custom Album Menggunakan Adobe Photoshop

Tutorial ini akan menunjukkan cara menghasilkan Reka Layout Custom Album menggunakan Adobe Photoshop terutamanya untuk custom album perkahwinan.

Komen via Facebook

Kursus di SIFOODOTCOM

TEKNIK:

  • Layout setting – Ruler Guide
  • Pattern – Define & Pattern Overlay
  • Mask – Paste Into

LANGKAH 1:

Reka Layout Custom Album

  • Kita akan buat design  untuk cover album bersaiz 8 x 12 in.
  • Buat satu fail baru. Tekan Ctrl + N.
  • Setkan Width: 13 in, Height: 9 in, Resolution: 300 dpi, Color Mode: RGB. Saiz disetkan lebih sedikit untuk kawasan ‘bleed‘.
  • Klik OK.

LANGKAH 2:

Reka Layout Custom Album

  • Tekan Ctrl + R atau klik menu View > Show Ruler.
  • Kemudian, kita akan tambahkan garisan guide sebagai panduan design. klik menu View > New Guide.
  • Setkan garisan guide untuk margin keliling 0.5 in. Garisan pertama, Orientation: Vertical. Position: 0.5 in. Klik Ok.
  • Ulang untuk tiga garisan guide lagi.
    • Garisan kedua: Orientation: Horizontal. Position: 0.5 in
    • Garisan ketiga: Orientation: Vertical. Position: 12.5 in
    • Garisan keempat: Orientation: Horizontal. Position: 8.5 in

LANGKAH 3:

Reka Layout Custom Album

  • Ini adalah hasil setting garisan guide di atas canvas kita tadi.

LANGKAH 4:

Reka Layout Custom Album

 

  • Seterusnya, kita akan setkan warna latar belakang dan pattern yang bersesuaian dengan design.
  • Unlock layer background dengan melakukan double-click pada layer background.
  • Window New Layer – Layer 0 akan muncul, Terus tekan OK tanpa perlu tukar apa-apa.
  • Layer background akan menjadi Layer 0.

LANGKAH 5:

05-fill-color

  • Klik pada menu Edit > Fill > Use: Color untuk mengisi warna latar belakang dengan pilihan warna yang diingini.
  • Untuk contoh ini, saya gunakan warna coklat gelap: #463430

DOWNLOAD SEAMLESS PATTERN:

Reka Layout Custom Album

  • Sebelum kita terus ke langkah 7, cari dahulu satu pattern yang sesuai di internet. Pattern yang nak kita cari ialah “SEAMLESS PATTERN” – pattern yang berulang-ulang tanpa nampak terpisah / terputus.
  • Boleh buka link berikut: http://all-free-download.com/free-vector/floral-seamless-pattern-vector.html untuk memilih pattern dalam format vektor.
  • Pilih mana-mana seamless pattern yang berkenan di hati, download.
  • Satu fail zip akan diberikan di mana di dalamnya terdapat satu file EPS.
  • Extract fail zip tersebut.

DEFINE PATTERN:

Reka Layout Custom Album

  • Kembali ke Photoshop, klik File > Open dan browse fail EPS untuk seamless pattern yang telah diextract tadi.
  • Disebabkan fail tersebut di dalam format vektor, Photoshop akan meminta untuk kita convertkannya menjadi raster. Lihat paparan imej di atas.
  • Saya setkan Width: 4 in, Height: akan ikut proportion, Resolution: 300 dpi dan Mode: RGB Color (Sama seperti setting canvas layout album kita tadi).
  • Klik Ok.

Reka Layout Custom Album

 

  • Selepas grafik pattern kita dibuka dalam satu canvas baru, klik pada menu Edit > Define Pattern
  • Berikan nama untuk pattern tersebut dan klik OK.
  • Boleh tutup fail ini tanpa save.

LANGKAH 6:

Reka Layout Custom Album

  • Kembali kepada fail kerja reka layout cover album. 
  • Klik pada ikon ‘fx‘ di bahagian bawah panel layer dan pilih Pattern Overlay.
  • Di dalam window Layer Style, setkan Pattern kepada pattern yang telah kita definekan sebelum ini.

LANGKAH 7:

Reka Layout Custom Album

 

  • Anda boleh menukar setting Blend Mode untuk mendapatkan kesan campuran antara grafik pattern tadi dengan warna latar belakang.
  • Untuk contoh ini saya setkan kepada Screen.
  • Kemudian, klik OK.

LANGKAH 8:

Reka Layout Custom Album

 

  • Buat dua lagi garisan guide. Setkan pada Horizontal, 2.5 in dan 6.5 in.
  • Kemudian, dengan menggunakan Rectangular Marquee Tool, buat satu selection kotak mengikut garisan guide yang telah dibuat tadi.

LANGKAH 9:

Reka Layout Custom Album

 

LANGKAH 10:

Reka Layout Custom Album

  • Kembali kepada fail layout cover album. Pastikan selection kotak yang dibuat dengan Rectangular Marquee Tool tadi masih lagi aktif.
  • Klik menu Edit > Paste > Paste Special > Paste Into (Untuk CS5 dan ke atas).
  • Untuk Cs4 dan ke bawah, klik menu Edit > Paste Into.
  • Gambar tadi akan masuk ke dalam ruang selection. Lihat paparan di atas.

LANGKAH 11:

Reka Layout Custom Album

  • Gambar yang dipaste-intokan sebaik-baiknya lebih besar dari ruang selection. Jika foto dari kamera, ia memang lebih besar dari ruang tersebut.
  • Untuk resize gambar di dalam ruang tersebut, kita boleh gunakan fungsi Transform. Tekan Ctrl + T.
  • Ubahlah saiz gambar tersebut mengikut kesesuaian design anda. Jangan lupa tekan SHIFT dan pilih bucu kotak transform untuk mengelakkan gambar menjadi penyek (distort).
  • Tekan ENTER setelah selesai.

LANGKAH 12:

Reka Layout Custom Album

  • Pilih Rectangular Marquee Tool
  • Kemudian, di option bar, tukarkan setting Style tool tersebut kepada Fixed Size.
  • Setkan Width: 2 in dan Height: 2 in.
  • Kemudian, klik tool tersebut di atas canvas.
  • Satu selection kotak akan terhasil mengikut saiz yang telah ditetapkan tadi.

LANGKAH 13:

Reka Layout Custom Album

  • Buka satu foto lagi. Ulang proses seperti langkah 9, 10, 11 untuk melakukan teknik Paste Into.
  • Foto tersebut akan masuk ke dalam ruang kotak kecil tadi.
  • Lihat paparan di atas.
  • Gunakan Transform untuk sesuaikan saiz imej di dalam ruang kotak tersebut.

LANGKAH 14:

Reka Layout Custom Album

  • Ulang langkah 12 dan 13 untuk dua lagi kotak kecil.

LANGKAH 15:

Reka Layout Custom Album

  • Linkkan thumbnail layer dengan thumbnail mask untuk pindahkan kedudukan kotak. Pindah / Alih dengan menggunakan Move Tool.

LANGKAH 16:

Reka Layout Custom Album

  • Sekarang kita masukkan efek kepada gambar-gambar kita tadi.
  • Untuk foto kotak besar, kita applykan efek Inner Shadow.
  • Setkan seperti paparan di atas.

 LANGKAH 17:

Reka Layout Custom Album

  • Untuk kotak kecil, kita akan applykan efek Stroke dan Drop Shadow.
  • Setting Stroke:
    • Color: White
    • Position: Inside
    • Size: 15
  • Setting untuk Drop Shadow mengikut kesesuaian.
  • Klik OK.

LANGKAH 18:

Reka Layout Custom Album Reka Layout Custom Album

  • Klik kanan pada ikon fx di layer kotak kecil yang baru diapplykan efek Stroke dan Drop Shadow tadi.
  • Pilih Copy Layer Style.
  • Kemudian, klik pada kotak kecil yang lain. Klik kanan dan pilih pula Paste Layer Style.

HASIL:

Reka Layout Custom Album

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

10 komen

Leave a Reply to Wany KyRol Batal balasan

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed