Tidak ramai yang menggunakan fungsi ini, malahan ada yang tidak sedar kewujudan Smart Filter. Smart Filter adalah salah satu kaedah yang termasuk di dalam kategori Non-Destructive Method iaitu kaedah yang tidak merosakkan imej asal di dalam layer Photoshop. Kita sentiasa boleh mendapatkan semula imej asal selepas melakukan apa-apa perubahan ke atas imej tersebut.
KEFAHAMAN TENTANG SMART FILTER
- Smart Filter hanya boleh diapplykan kepada Smart Object.
- Imej yang di dalam layer perlu diconvertkan kepada Smart Object terlebih dahulu.
- Atau, masukkan imej dengan menggunakan fungsi Place (File > Place) dan secara automatik layer tersebut akan menjadi Smart Object.
- Beberapa filter boleh diapplykan kepada satu-satu Smart Object.
- Susunan Smart Filter sama seperti susunan layer atau layer style. Kita boleh show/hide/edit/delete filter tersebut.
- Susunan Smart Filter boleh diubah, sama seperti susunan layer. Drag dan pindahkan kedudukan filter yang diapplykan kepada Smart Object.
VIDEO:
LANGKAH 1:
- Buka satu fail imej atau foto. Perhatikan layer Background di dalam panel layer.
- Klik kanan pada layer Background dan pilih Convert to Smart Object.
- Nama layer tersebut akan bertukar kepada Layer 0 dan ikon Smart Object akan muncul pada thumbnail layer tersebut.
LANGKAH 2:
- Klik menu Filter > Filter Gallery > Artistic > Cutout.
- Setkan seperti berikut:
- Number of Levels: 8
- Edge Simplicity: 5
- Edge Fidelity: 2
- Klik OK.
LANGKAH 3:
- Kemudian, apply satu lagi filter. Klik menu Filter > Filter Gallery > Sketch > Note Paper.
- Setkan seperti berikut (atau mengikut kesesuaian imej):
- Image Balance: 15
- Graininess: 5
- Relief: 15
- Klik OK.
LANGKAH 4:
- Selepas itu, lihat dalam panel layer.Â
- Double-click pada ikon di sebelah kanan filter yang baru diapply tadi (lihat paparan di atas).
LANGKAH 5:
- Tukarkan Mode daripada Normal kepada Overlay (atau kepada mode yang anda rasakan sesuai dengan imej anda).
- Turunkan nilai opacity kepada 75%.
- Klik OK.
LANGKAH 6 (HASIL SETAKAT INI):
- Paparan imej di atas adalah hasil setakat ini.
- Dua filter tadi telah bergabung dan diapplykan kepada keseluruhan imej asal.
- Apa kata kalau saya nak lori tersebut dimaskkan daripada diapplykan filter?
- Kita sambung ke langkah seterusnya…
LANGKAH 7:
- Klik pada thumbnail filter effect (lihat imej di atas).
LANGKAH 8:
- Pilih Brush Tool. Setkan opacity brush kepada 70%.
- Setkan warna foreground kepada hitam.
- Pastikan anda dah klik pada thumbnail filter effects (Langkah 7).
- Sapukan brush pada lori berulang kali sehingga imej lori asal nampak jelas mengikut kehendak anda.
HASIL:
- Inilah hasil penggunaan Smart Filter.Â
- Perhatikan panel layer. Tidak memerlukan banyak layer untuk menghasilkan efek sebegini berbanding jika kita lakukan dengan kaedah lama.
dah try…best best 🙂
terima kasih cikgu..
Orait! Semoga enjoy dengan penggunaan feature ni